Lawatan ini terdiri dari 63 orang Kepala Bapak (Guru Besar-Guru Besar) dari Kabupaten Acheh Timur Indonesia . Turut hadir Tn Hj Abu Bakar Muad , Pegawai Pelajaran Daerah Seberang Perai Utara wakil bagi pihak Pengarah Pelajaran Pulau Pinang , Ketua Unit Perhubungan Jabatan Pelajaran Pulau Pinang Tn.Hj Ibrahim dan pegawai-pegawai pelajaran Jabatan Pelajaran Pulau Pinang. Rombongan tiba pada pukul 11.00 pagi diketuai oleh Wakil Konsulat Indonesia di Pulau Pinang disambut meriah dengan perarakan bunga manggar .
Diikuti dengan pertunjukan kawad kaki oleh Pasukan Kawad Kaki Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS) .
Dikuti dengan taklimat tentang sekolah di Bilik Persidangan Sekolah .
Lawatan diteruskan ke kelas-kelas , bilik-bilik khas dan kawasan sekolah
Lawatan diakhiri dengan jamuan tengahari di Kantin Sekolah. Semasa Jamuan para tetamu dipersembahkan dengan pertunjukan boria dan nyanyian dari pelajar SKBJ. Pihak rombongan juga turut menyumbangkan lagu .
Rombongan bertolak pulang pada pukul 2.30 petang dan meneruskan perjalanan ke Johor Bharu untuk lawatan seterusnya.
Kepada semua yang terlibat pegawai-pegawai JPN Pulau Pinang , Pejabat Pelajaran SPU , guru-guru , murid-murid dan orang perseorangan … pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih di atas kerjasama dan komitmen anda semua.
TERIMA KASIH DAUN KELADI ……..