27-28 Mac yang lalu Kelab kebajikan Guru & Staff telah melawat ke Haadyai , Thailand.
Bertolak dari perkarangan SKBJ dalam pukul 7.00 pagi , singgah bersarapan pagi di hentian R&R Gurun dan sampai di border Thailand-Malaysia jam 10.00 pagi .
Selepas selesai urusan bertolak ke Haadyai dan tiba dalam jam 12.00 tengahari . Rombongan dibawa makan tengahari .
Selepas itu rombongan bertolak ke Kedai yang menjual produk dari kilang seperti gajus danmakanan kering. Harga murah dan berpatutan …..
Selepas membeli-belah , rombongan dibawa ke Nora Plaza yang menjual barangan kulit ……
Seterusnya , Rombongan telah singgah di Kedai menjual madu. Penerangan ringkas telah diberikan dan semua ahli rombongan diberi peluang untuk merasa madu keluaran syarikat tersebut.
Menjelang jam 3.00 , kami singgah solat di masjid
Selepas solat , aktiviti seterusnya melawat ke Floating Market ….
dan naik … bot
Seterusnya …………. bertolak ke Hotel Hatyai Central …… Malamnya sehingga keesokan hari jam 12.00 tngahari adalah acara bebas. Malamnya rombongan berpecah ada yang ke Lee Garden dan Pasar Malam .
Keesokannya membeli belah di sekitar pekan Hatyai …..
Check out dari hotel jam 1.00 tengahari dan dibawa makan tengahari yang enak……
Rombiongan bertolak balik dan singgah di Danok dalam jam 5.00 petang
Rombongan selamat sampai di SKBJ jam 9.30 malam …..
Alhamdulillah semuanya berjalan lancar….. jom bulan Jun kita ke Phuket pula……