Khamis , 11 Februari skbj telah dilawati oleh Persatuan Guru Pelatih PISMP , Institut Perguruan Tuanku Bainun . Seramai 20 orang peserta dari Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP) bersama seorang Pensyarah terlibat dalam lawatan ini.
Program ini merupakan salah satu komponen latihan yang penting dan perlu didedahkan kepada guru pelatih dalam membentuk jati diri , semangat kerjasama , nilai dan akhlak murni serta pengetahuan yang dipupuk selaras dengan pelaksanaan dan perkembangan program .
Rombongan tiba disambut dengan kawad kaki oleh Pasukan TKRS dibawah pimpinan Cik Siti Hajar.
Sesi taklimat diadakan di Bilik Persidangan sekolah .
Dikuti dengan lawatan ke Bilik-bilik Khas .
Di Pusat Sumber . Taklimat diberikan oleh Pn.Rosnani Guru Perpustakaan & Media .
Bilik Tayangan dan Pusat Akses Sekolah
Makmal Komputer dan Kelas Pendidikan Khas
Usai lawatan ke bilik-bilik khas , guru pelatih telah menjalankan aktiviti kemasyarakatan antaranya :-
1. Melakarkan peta dunia di dinding bangunan A
2. Mengecat bilik darjah Tahun 2 Bestari
3. Membantu di Pusat Sumber
Lawatan di akhiri dengan jamuan makan tengahri dan bertukar-tukar cenderamata .
TERIMA KASIH DARI SKBJ ……. ATAS KESUDIAN MENJADIKAN SEKOLAH INI SEBAGAI PILIHAN DALAM MENJALANKAN PROGRAM IPTB …….
Untuk photo boleh layari http://pssskbaganjermal.fotopages.com