Kerjakerja penaiktarafan di bawah peruntukan Sekolah Kluster Kecemerlangan telah bermula sejak minggu lepas. Kawasan yang terlibat ialah Kelas 2 Bestari dinaiktarafkan menjadi Makmal Bahasa , Kelas 2 Kreatif sebagai Bilik Matematik dan tempat letak kereta guru sebagai padang kawad.
Buat sementara waktu kelas 2 Bestari telah berpindah ke Kelas 2 Harmoni dan Kelas 2 Harmoni berpindah ke Makmal Sains Tahap 1. Sementara Kelas 2 Kreatif pula sekarang ditempatkan sementara di Bilik Tayangan Pusat Sumber.
Keadaan Kelas 2 Bestari dan 2 Kreatif semasa proses pengubahsuaian.
Kerja pengubahsuaian Padang kawad sedang rancak berjalan .
Ini adalah sebahagian daripada projek penaiktarafan dari peruntukan Sekolah Kluster Kecemerlangan , Kementerian Pelajaran Malaysia.