Selasa, 30 Julai 2013

SUMBANGAN & MEMBELI PAKAIAN RAYA UNTUK ANAK-ANAK YATIM DAN PELAJAR YANG TERPILIH

 

Projek ini merupakan salah satu daripada inisiatif pihak sekolah dengan bantuan dan kerjasama Panitia Agama dan juga adalah salah satu program yang dirancang dibawah Program Ihya Ramadan bagi membantu pelajar-pelajar yang terdiri dari anak-anak yatim dan juga pelajar-pelajar yang dari keluarga yang memerlukan. Dengan ini , diharap sedikit sebanyak dapat membantu meringankan bebanan ibu bapa dan keluarga yang terpilih dan meraikan hari raya aidil fitri dengan gembira dan meriah.

Projek ini mendapat sokongan dan sumbangan dari orang perseorangan , guru-guru , syarikat-syarikat dan beberapa pihak lain lagi.

Pada 23 Julai 2013 , pelajar-pelajar ini dengan bantuan guru-guru telah membawa pelajar-pelajar ini membeli pakaian raya di Jakel Alamoda Sungai Petani . Alhamdulillah , pihak Jakel turut menyumbangkan duit raya dan juga memberi potongan sebanyak  50%  dari setiap pembelian baju raya untuk anak-anak ini. Pelajar-pelajar juga turut dibelikan kasut dan jam tangan . Jelas terlihat riak kegembiraan di wajah-wajah mereka.

1

2

Tahniah … dan Selamat Hari Raya Aidil Fitri , Maaf Zahir dan Batin .

0 comments:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.