Selasa, 30 Julai 2013

MAJLIS BERBUKA PUASA UPS SKBJ

 

Majlis Berbuka Puasa anjuran Unit Perkembangan Staff dan Panitia Agama Islam diadakan pada 25 Julai 2013.

Persiapan memasak dilakukansecara gotong royong  pada waktu pagi oleh guru-guru dan staff mengikut giliran dan kelapangan waktu P&P memandangkan kelas pembelajaran berjalan seperti biasa.  

1

Gotong royong memasak bermula pada pukul 3.00 petang diketuai oleh Tuan Guru Besar dengan dibantu oleh guru-guru.

Alhamdulilah majlis berbuka puasa ini mendapat sambutan dari semua guru dan staff. Ia merupakan salah satu aktiviti UPS dalam mengeratkan hubungan silaturahim sesama guru dan staff. Jemputan terdiri dari semua ahli keluarga guru dan staff SKBJ.

Majlis berbuka puasa bermula dengan bacaan doa dikuti dengan jamuan ringan dan Solat maghrib berjemaah. Usai solat , tetamu menikmati jamuan nasi bersama kari ayam , kalio buncis , sup ayam , jelatah , ikan kering , ulaman dan sambal belacan.

Majlis diteruskan dengan solat isyak berjamah dan solat terawih.

Selesai solat . Tetamu dihidangkan dengan jamuan bubur kacang durian bersama roti benggali .

2

Semoga aktiviti sebegini dapat diteruskan lagi pada tahun-tahun akan datang .

0 comments:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.