BERSAMA MEMACU TRANSFORMASI SKBJ NO 1,CEMERLANG 2026

" # Togertherness Striving Tranformation SKBJ No 1,Excellence 2026 ".

KEJAYAAN SKBJ

Anugerah yang diperolehi guru dan murid SKBJ.

JOHAN BOLA SEPAK PERINGKAT DAERAH

Sekolah Kebangsaan Bagan Jermal menjadi Johan bola sepak peringkat daerah SPU.

SUKAN DAN OLAHRAGA

Kemuncak Acara Sukan dan Olahraga SKBJ.

KUMPULAN GAMELAN SEKOLAH

Persembahan sempena Pelancaran Bulan Kebangsaan Peringkat SPU.

PASUKAN BORIA SKBJ

Persembahan sempena Hari Terbuka di PPD SPU.

Jumaat, 5 April 2024

PEMBERIAN DUIT RAYA

Jumaat: 5.4.2024 - Pemberian duit raya untuk anak-anak SKBJ . Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru yang memberi sumbangan duit raya dan juga kepada pengusaha kantin sekolah kerana turut serta memberikan sumbangan duit raya untuk anak-anak SKBJ.

photo album


SUMBANGAN DUIT RAYA


 Jumaat: 5.4.2024- Pihak sekolah telah memberikan Sumbangan kepada pekerja pembersihan dan keselamatan sekolah kerana jasa dan pengorbanan mereka kepada sekolah ini amatlah besar. Sumbangan ini juga turut diberikan kepada keluarga murid -murid yang terpilih bagi meringankan beban kewangan untuk menyambut Hari Raya yang akan menjelma tidak lama lagi. Sumbagan ini disampaikan oleh guru besar En.Kaber bin K.Ismail dan juga YDP SKBJ Tn. Haji Abdul Hamid bin Ibrahim Naina.

MAJLIS KHATAM AL QURAN DAN PENUTUP IHYA RAMADAN 2024

 


Jumaat, 5.4.2024- Majlis Khatam Al Quran dan penutup Ihya Ramadan dapat dijalakan seperti yang dijadualkan. Terima kasih kepada Panitia Pendidikan Islam kerana berjaya menjalankan tadarus Al Quran sepanjang bulan Ramadan . Terima kasih kepada murid-murid tahun 6 yang terlibat dalam tadarus Al Quran.
photo album


Khamis, 4 April 2024

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN DARIPADA WARGA SKBJ 2024


Assalamulaikum dan salam sejahtera , pihak pentadbiran SKBJ mengucapkan " Selamat Hari Raya  Maaf Zahir dan Batin " . Selamat bercuti kepada semua guru dan staf tidak lupa juga kepada Ibubapa/waris serta anak-anak murid yang disayangi . Jaga kesihatan dan keselamatan semasa pulang ke kampung beraya nanti. 







 

Rabu, 27 Mac 2024

PROGRAM IHYA RAMADHAN

 

Rabu, 27.3.2024. Alhamdulillah program Ihya ramadhan 2024 di serikan dengan Ceramah nuzul Al-Quran yang di smapaikan oleh ust Muhammad Syazwan Khamis. Ust Muhammad Syazwan merupakan bekas pelajar di SKBJ pada tahun 1996- 2001. Tahniah kepada Panitia Pendidikan islam yang berjaya mengatur pelbagai aktiviti semperna Program Ihya ramdhan 2024. Semoga Anak2 Skbj mendapat ilmu dan manfaat sepanjang program ini berlangsung.

photo album


Isnin, 11 Mac 2024

MAKLUMAT TATACARA HADIR KE SEKOLAH BAGI SESI 2024/2025


 Berikut merupakan tatacara pengurusan masa bagi waktu kedatangan dan waktu pulang murid bagi sesi 2024/2025

PEMAKAIAN RASMI SEKOLAH/ AKTIVITI SUKAN / KOKURIKULUM SESI 2024/2025


 Sukacita dimaklumkan bahawa berikut adalah merupakan pemakaian baju sukan dan seragam sekolah

Ahad, 10 Mac 2024

PERMOHONAN KEMASUKAN KE PRASEKOLAH 2025/2026


Makluman kepada ibubapa/penjaga yang ingin memohon kemasukan anak ke Prasekolah bolehlah mendaftar dilaman sesawang berikut : https://eprasekolah.moe.gov.my/. Setelah mengisi secara online ibubapa/penjaga perlu print permohonan dan serahkan kepada Cikgu di kelas prasekolah. 





PENDAFTARAN KEMASUKAN KANAK-KANAK KE TAHUN 1 KALENDAR AKADEMIK SESI 2025


Pendaftaran secara dalam talian boleh dibuat melalui Modul Pengurusan Awam, Sistem Bersepadu KPM (MOEIS) di laman sesawang https://idme.moe.gov.my/login




Sabtu, 9 Mac 2024

ORIENTASI TAHUN 1 SESI 2024


Sabtu,9 Mac 2024 Pihak sekolah telah mengadakan Orientasi untuk murid tahun 1 sesi 2024. Murid -murid yang hadir kelihatan ceria dan bersemangat untuk bersekolah. Semoga sesi persekolahan pada tahun ini berjalan lancar.

photo album


Rabu, 7 Februari 2024

MAJLIS APRESIASI TAHUN 6

 



Alhamdulillah selesai Majlis Apresiasi Tahun 6 2023/2024. Tahniah semua murid tahun 6 yang telah melakar banyak kecemerlangan . Semoga terus cemerlang melangkah ke Sekolah Menengah nanti.


Koleksi gambar penyampaian sijil 


photo album hari apresiasi

Jumaat, 2 Februari 2024

MAJLIS PERPISAHAN CIKGU FADZLI PKKO SKBJ 2020-2024


Jumaat,2/2/2024, Majlis perpisahan Cikgu Fadzli PKKO SKBJ 2020-2024 terima kasih buat cikgu Fadzli yang mencurah bakti dan tenaga di SKBJ dengan cemerlang. Semoga cikgu terus cemerlang di tempat bertugas yang baru.

photo album


Khamis, 1 Februari 2024

PENYERTAAN DAN LAPORAN PROGRAM ‘AI UNTUK RAKYAT’ DALAM KALANGAN PENJAWAT AWAM - KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Dengan hormatnya saya diarah untuk menarik perhatian YBhg. Dato'/Dr./Tuan,Puan kepada perkara di atas dan surat rujukan JPA.KPPA/016 JLD18(52) bertarikh 17 Januari 2024 adalah berkaitan.

Sukacita dimaklumkan bahawa dalam usaha menjayakan Program ‘AI Untuk Rakyat’ yang telah dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri pada 16 Januari 2024, setiap penjawat awam di peringkat Kementerian/Jabatan/Agensi Persekutuan, Kerajaan Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun Persekutuan, Pihak Berkuasa Berkanun Negeri dan Pihak 

Berkuasa Tempatan dikehendaki melengkapkan program pembelajaran ‘AI Untuk Rakyat’ secara dalam talian iaitu ‘AI Aware’ dan ‘AI Appreciate’. Program ini ialah hasil kerjasama pihak MyDIGITAL Corporation (MyDC) dan Intel Corporation.

Sehubungan dengan itu, pihak  YBhg.Dato'/Dr./Tuan/Puan *DIWAJIBKAN* untuk melengkapkan program pembelajaran secara dalam talian dengan peruntukan  masa selama 4 jam bagi memperoleh lencana AI Aware dan AI Appreciate *DENGAN KADAR SEGERA* melalui capaian https://ai.gov.my/#/home *selewat-lewatnya pada jam 4.00 petang pada 1 Februari 2024 (Khamis)*. 

 Seterusnya, pelaporan juga hendaklah dikemaskini dalam SPLKPM melalui 'e-pembelajaran' bagi program 'AI untuk Rakyat' untuk membolehkan pelaporan KPM dijana daripada data yang telah dikemaskini dalam SPLKPM.

Sabtu, 27 Januari 2024

HARI KEMUNCAK KECEMERLANGAN


Sabtu, 27.1.2024: Hari Kemuncak Kecemerlangan SKBJ. Tahniah kepada semua murid. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada YB. Chee Yeeh Keen, Adun Bagan Jermal kerana sudi merasmikan majlis ini dan juga memberikan sumbangan kepada PIBG. Juga terima kasih diucapkan kepada ibubapa/penjaga yang turut hadir bersama-sama memberikan semangat dan dorongan kepada anak-anak untuk terus melakar kecemerlangan. Tidak lupa juga ucapan terima kasih juga kepada semua pentadbir, guru dan staf yang turut menjadi tulang belakang bagi menjayakan majlis ini.

photo album


Rabu, 24 Januari 2024

HARI KEMUNCAK KECEMERLANGAN DAN HARI KEUSAHAWANAN


Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk makluman ibubapa/penjaga pada 27.1.2024 pihak sekolah akan mengadakan HARI KEMUNCAK KECEMERLANGAN DAN HARI KEUSAHAWANAN bagi meraikan anak-anak SKBJ yang disayangi oleh yang demikian ibubapa/penjaga dijemput untuk bersama anak-anak pada hari tersebut. Gerai jualan makanan juga dibuka bagi memeriahkan lagi hari tersebut.

Khamis, 4 Januari 2024

PERTANDINGAN BAHAS ALA PARLIMEN DALAM KARNIVAL KEMBANGKAN POTENSI TINGKATKAN PRESTASI (KPTP) PERINGKAT KEBANGSAAN ANJURAN SK KAULUAN, RANAU SABAH.


Sekalung tahniah untuk pasukan Bahas Murid SK Bagan Jermal yang telah mendapat Tempat Ke 3 dalam Pertandingan Bahas Ala  Parlimen dalam Karnival Kembangkan Potensi Tingkatkan Prestasi (KPTP) Peringkat Kebangsaan Anjuran SK Kauluan, Ranau Sabah.


Karnival ini telah diadakan pada 4 Disember 2023 sehingga 5 Januari 2024

secara atas talian sepenuhnya bagi acara Pidato, Sajak, Syair dan Bahas sehingga peringkat Suku Akhir.


SK Bagan Jermal menghantar penyertaan:

Sajak 

Nur Fathiah Umairah 4 J

(Anugerah Penyertaan)


Syair 

Muhd Irfan Danish 4 J

(Anugerah Gangsa- Top 10)


Bahas:

Pasukan Bahas diwakili oleh Nur Wardina (6 Jauhari), Nur Ain Syuhada (5 Jauhari), Iman Qhalish (5 Jauhari), Nazran Aizal (5 Jauhari), dan Iman Syazwan (4 Jauhari). Pasukan ini dilatih oleh Ustazah Azlina dan Cg Hafiz. 


Rezeki SKBJ Memenangi nopusingan demi pusingan sehinggalah ke pusingan suku akhir Dan melayakkan Team SKBJ bertanding secara bersemuka di Dewan Kinabalu, Kinabalu Park Kundasang Sabah.


Pasukan SKBJ telah tewas di peringkat Separuh Akhir 1 dengan pasukan dari Kelantan yang diwakili oleh SK Datu' Hashim. Namun Pasukan SKBJ meneruskan rentak cemerlang dalam penentuan Tempat ke3/4 dengan mendapat undian majoriti juri 5-0 mengalahkan SJKC Chung Hwa Kota Belud. 


Pembahas SKBJ, Nur Wardina di anugerahkan sebagai Pembahas Terbaik Peringkat  3/4 Dan Pembahas Kedua terbaik Keseluruhan daripada semua peserta Bahas.


Hadiah Pertandingan telah di sampaikan oleh  Pengarah JPN Sabah. Pada majlis penutup juga Tn Guru Besar, En Ahmad Kaber bin K. Ismail berkesempatan menandatangani Sijil Jaringan Kolaboratif dengan SK Kauluan, Ranau Sabah Dan disaksikan bersama Tn YDP PIBG, Tn HJ Abdul Hamid Bin Ibrahim Naina.


Sekalung Penghargaan Dan Terima Kasih kepada Penyumbang-penyumbang yang menjayakan perjalanan Team Bahas ke Sabah. Antaranya YB Senator Dr Lingesh, YB Dato' Seri Rizal Merican, Tn YDP PIBG SKBJ Dan Rakan², Syarikat Harfa Butterworth, Syarikat Jayamas, Para Waris, Guru-Guru Dan kepada semua individu yang memberi sumbangan secara langsung mahupun tidak langsung.


Terima Kasih Khas buat Tn YDP PIBG , Tn HJ Abdul Hamid penggerak utama dalam sumbangan ini bersama AJK² PIBG ke semuanya.


Tidak dilupa kalungan Terima Kasih kepada Tn Guru Besar Dan barisan pentabbir serta guru² pengiring iaitu Ustazah Azlina, Cikgu Hafiz Dan Cikgu Zarina yang bertungkus lumus menguruskan perjalanan kejayaan ini.


Tahniah!! Sayangi sekolahku, SKBJ Nombor 1!!

photo album


Jumaat, 15 Disember 2023

MAJLIS UNTAIAN KASIH TAUTAN JIWA

Jumaat ,15 .12.2023,Majlis Untaian Kasih Tautan Jiwa , 15 Disember 2023, Bertam Resort & Waterpark. Tema : Arabic Night

photo album


 

MAJLIS PERSARAAN CIKGU MARZUKHI BIN RAMLI (PK PENTADBIRAN )


 SELAMAT BERSARA BUAT CIKGU MARZUKHI BIN RAMLI (PK Pentadbiran SKBJ).

💚🤍Terima kasih atas didikan ilmu dan segala sumbangan yang diberikan kepada anak murid di SK Bagan Jermal… Semoga cikgu berbahagia selalu dan dikurniakan kesihatan yang baik. Doa kami sentiasa mengiringi mu. Terima kasih cikgu! 💐