BERSAMA MEMACU TRANSFORMASI SKBJ NO 1,CEMERLANG 2026

" # Togertherness Striving Tranformation SKBJ No 1,Excellence 2026 ".

KEJAYAAN SKBJ

Anugerah yang diperolehi guru dan murid SKBJ.

JOHAN BOLA SEPAK PERINGKAT DAERAH

Sekolah Kebangsaan Bagan Jermal menjadi Johan bola sepak peringkat daerah SPU.

SUKAN DAN OLAHRAGA

Kemuncak Acara Sukan dan Olahraga SKBJ.

KUMPULAN GAMELAN SEKOLAH

Persembahan sempena Pelancaran Bulan Kebangsaan Peringkat SPU.

PASUKAN BORIA SKBJ

Persembahan sempena Hari Terbuka di PPD SPU.

Selasa, 30 Julai 2013

MAJLIS BERBUKA PUASA UPS SKBJ

 

Majlis Berbuka Puasa anjuran Unit Perkembangan Staff dan Panitia Agama Islam diadakan pada 25 Julai 2013.

Persiapan memasak dilakukansecara gotong royong  pada waktu pagi oleh guru-guru dan staff mengikut giliran dan kelapangan waktu P&P memandangkan kelas pembelajaran berjalan seperti biasa.  

1

Gotong royong memasak bermula pada pukul 3.00 petang diketuai oleh Tuan Guru Besar dengan dibantu oleh guru-guru.

Alhamdulilah majlis berbuka puasa ini mendapat sambutan dari semua guru dan staff. Ia merupakan salah satu aktiviti UPS dalam mengeratkan hubungan silaturahim sesama guru dan staff. Jemputan terdiri dari semua ahli keluarga guru dan staff SKBJ.

Majlis berbuka puasa bermula dengan bacaan doa dikuti dengan jamuan ringan dan Solat maghrib berjemaah. Usai solat , tetamu menikmati jamuan nasi bersama kari ayam , kalio buncis , sup ayam , jelatah , ikan kering , ulaman dan sambal belacan.

Majlis diteruskan dengan solat isyak berjamah dan solat terawih.

Selesai solat . Tetamu dihidangkan dengan jamuan bubur kacang durian bersama roti benggali .

2

Semoga aktiviti sebegini dapat diteruskan lagi pada tahun-tahun akan datang .

SUMBANGAN & MEMBELI PAKAIAN RAYA UNTUK ANAK-ANAK YATIM DAN PELAJAR YANG TERPILIH

 

Projek ini merupakan salah satu daripada inisiatif pihak sekolah dengan bantuan dan kerjasama Panitia Agama dan juga adalah salah satu program yang dirancang dibawah Program Ihya Ramadan bagi membantu pelajar-pelajar yang terdiri dari anak-anak yatim dan juga pelajar-pelajar yang dari keluarga yang memerlukan. Dengan ini , diharap sedikit sebanyak dapat membantu meringankan bebanan ibu bapa dan keluarga yang terpilih dan meraikan hari raya aidil fitri dengan gembira dan meriah.

Projek ini mendapat sokongan dan sumbangan dari orang perseorangan , guru-guru , syarikat-syarikat dan beberapa pihak lain lagi.

Pada 23 Julai 2013 , pelajar-pelajar ini dengan bantuan guru-guru telah membawa pelajar-pelajar ini membeli pakaian raya di Jakel Alamoda Sungai Petani . Alhamdulillah , pihak Jakel turut menyumbangkan duit raya dan juga memberi potongan sebanyak  50%  dari setiap pembelian baju raya untuk anak-anak ini. Pelajar-pelajar juga turut dibelikan kasut dan jam tangan . Jelas terlihat riak kegembiraan di wajah-wajah mereka.

1

2

Tahniah … dan Selamat Hari Raya Aidil Fitri , Maaf Zahir dan Batin .

Rabu, 24 Julai 2013

JAMUAN MERAIKAN PUTERA DERAP JUARA

9 Julai yang lalu. Satu jamuan kesyukuran diadakan di Restoran KFC Kepala Batas bagi meraikan kejayaan putera-putera Derap Juara dalam pertandingan kawad kaki .

Pasukan ini telah mencapaikan kejayaan yang amat gemilang bagi tahun 2013 ini. Antaranya :-

1. Johan dan Ketua Paltun Terbaik dalam Pertandingan Kawad Kaki Unit Beruniform Peringkat Daerah SP Utara , Pulau Pinang .

2. Johan dan Ketua Platun Terbaik dalam Pertandingan Kawad Kaki Unit Beruniform Peringkat Negeri Pulau Pinang 2013

3. Johan dan ketua Platun terbaik dalam Pertandingan Kawad Kaki Badan Beruniform Sekolah-sekolah Kluster Kecemerlangan dan SBT Peringkat kebangsaan 2013

4. Johan dan ketua Platun terbaik dalam Pertandingan Kawad Kaki Badan Beruniform Sekolah-sekolah Peringkat kebangsaaan (Zon Utara) 2013

 

1

PERTANDINGAN KAWAD KAKI PERINGKAT KEBANGSAAN (ZON UTARA)

 

 

6 Julai 2013 di Pusat Kokurikulum Bukit Mertaja , Pulau Pinang .

Tahniah kepada Pasukan Derap Juara Pengakap SKBJ. Sekali lagi menjulang kejayaan dengan menjadi Johan Pertandingan kawad Kaki Badan Beruniform Peringkat Kebangsaan (Zon Utara). Tahniah juga kepada adik Aziman Afiq kerana dianugerahkan sebagai Ketua Platun Terbaik dalam Pertandingan ini.

kebangsaan 2013 009

image

Jumaat, 5 Julai 2013

PELANCARAN IHYA RAMADAN & TABUNG SINAR RAMADAN

 

Menjelang ramadan yang bakal tiba minggu depan. Dengan rasminya pada hari ini 5hb Julai 2013 Pihak Panitia Agama Islam telah mengadakan PELANCARAN IHYA RAMADAN & TABUNG SINAR RAMADAN yang telah disempurnakan oleh Tuan Hj Kamaruzaman b. Salaim , Guru Besar SKBJ .

Ihya' Ramadan

Majlis pagi dimulakan dengan Majlis Bacaan Yasin . Diikuti dengan Pelancaran program oleh Tuan Guru Besar. Selepas rehat , murid-muird tahap 1 menyertai pertandingan mewarna dan menulis Khat . Sementara , murid-murid Tahap 2 berada di Tapak Perhimpunan bagi Simulasi dan tunjukcara Sembahyang Tarawih oleh Ustaz Ruzaidin.

1

Tahniah Panitia Agama. Pihak Admin akan memuat naikkan … Program sepanjang ramadan ini pada minggu hadapan. Harap Maklum .

Khamis, 4 Julai 2013

SKIM INSURAN MURID SEKOLAH S.P.A.D

 

K1DS

 

•Menerusi Pengumuman Bajet 2013, YAB Perdana Menteri mengumumkan bahawa Kerajaan berhasrat untuk menyediakan Skim Perlindungan Insuran kepada kesemua murid sekolah yang menaiki bas sekolah berlesen & berdaftar dengan S.P.A.D. (Semenanjung) dan LPKP (Sabah & Sarawak)

•Demi menjaga keselamatan pelajar sekolah dan mengurangkan beban pengusaha bas sekolah, S.P.A.D. akan menerajui dan melaksana inisiatif ini

•Perlindungan insurans kepada semua murid-murid sekolah yang menggunakan bas sekolah berdaftar/berlesen dengan S.P.A.D/LPKP

•Tujuan utama inisiatif:

•Melumpuhkan perkhidmatan bas-bas sekolah haram

•Menggalakkan penggunaan bas-bas sekolah yang berlesen

•Melindungi murid-murid sekolah yang berdepan dengan perkara yang tidak diingini.

 

Maklumat Lanjut boleh dilayari DI SINI

Rabu, 3 Julai 2013

MAHRAJAN JQAF 2013

Diadakan pada 28 Jun 2013 dengan motto “ Mencari Generasi Al-Quran Di Masa Hadapan”

1