Pada 24 Mei 2025 telah dijalankan Kejohanan Sukan Tahunan bagi tahun 2025. Tema perbarisan pada kejohanan ini ialah buah-buah. Alhamdulillah Kejohanan Sukan Sekolah Sempena 100 Tahun SKBJ berjalan lancar. Tahniah kepada murid, guru dan semua rumah sukan yang berjaya. Ribuan terima kasih kepada Pentadbir, Pihak YB Chee, PIBG, SU Sukan, Su Koko, Guru-guru, AKP, Penaja Kewangan dan semua yang terlibat dalam menjayakan kejohanan sukan pada hari ini. Terima kasih juga kepada semua yang menyumbang tenaga, makanan dan wang ringgit. Jasa semua amat kami hargai. Mohon maaf sekiranya terdapat salah dan silap sepanjang kejohanan berlangsung.