Proses pendaftaran ini akan dilakukan secara atas talian melalui Sistem Bersepadu KPM (MOEIS), yang boleh diakses menerusi pautan berikut: https://idme.moe.gov.my. Sistem ini direka untuk memudahkan proses pendaftaran tanpa perlu hadir secara fizikal ke sekolah, membolehkan ibu bapa mengisi maklumat yang diperlukan dengan mudah dari rumah atau mana-mana lokasi yang mempunyai akses internet.