Sabtu, 18 Januari 2020

AKTIVITI MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH

Aktiviti merentas desa peringkat Sekolah Kebangsaan Bagan Jermal telah dijalankan pada 17 Januari 2020 (Jumaat), Aktiviti ini bertempat di Pantai Bersih, Rehat dan Rawat (RnR) Bagan Ajam. Penglibatan murid yang mengambil bahagian dalam acara ini ialah murid Tahun 4, 5, 6 dan 10 orang murid dari PPKI. Aktiviti ini telah berlangsung dengan begitu bersemangat dan keghairahan oleh murid murid SK Bagan Jermal yang berlumba lumba untuk menonjolkan diri bahawa mereka yang terbaik. Terima Kasih diucapkan kepada Tuan Guru Besar di samping para pentadbir  serta semua guru dan staff yang telah bertungkus lumus dalam menjayakan aktiviti yang dianggap berjaya ini. #SAYANGI SEKOLAHKU SKBJ NO 1.!!



















0 comments:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.