Isnin, 3 Disember 2018

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SK BAGAN JERMAL 2018

"MENYANTUNI UMAT MEMBAWA RAHMAT"

Begitulah tema sempena Sambutan Maulidur Rasul 1440 Hijrah bersamaan 2018 Masehi. Pada 21 November 2018, sambutan tersebut bejaya diadakan dan dihayati oleh semua warga SK Bagan Jermal. Alhamdulillah, majlis tersebut diadakan dengan penuh kesederhanaan diiringi dengan selawat dan salam junjungjan kita Nabi Muhammad S.A.W yang dipimpin oleh Ustaz Jais, Ustaz Ruzaidin, Ustaz Mohd Zaihal dan rakan-rakan guru yang lain. Tidak ketinggalan juga, majlis ini diceriakan dengan penceramah undangan khas iaitu Pencetus Ummah (P.U) Yeop yang hadir ke SK Bagan Jermal dengan menyampaikan ceramah yang berkaitan. Selepas itu, pelbagai acara yang dipertandingkan di bawah kendalian Panitia Pendidikan Islam seperti hafazan, tulisan khat, kuiz sirah Rasul dan lain-lain.






0 comments:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.