Khamis, 13 Jun 2013

PERTANDINGAN KAWAD KAKI BADAN BERUNIFORM SKK & SBT PERINGKAT KEBANGSAAN 2013

 

Pertandingan berlangsung dari 3 hingga 5 Jun 2013 bertempat Di dataran Kawad Universiti Sains Malaysia Pulau  Pinang. Ini merupakan salah satu daripada aktiviti yang dijalankan di bawah Kebitaraan Derap Juara SKBJ.

Sebanyak 8 buah sekolah telah menyertai pertandingan ini .

sekolah-sekolah tersebut ialah :-

1. SK Taman Tun Dr Ismail 1 , selangor

2. SK Sultan Idris II , Perak

3. SK Tengku Ampuan Intan , Trengganu

4. SK Suktan Ahmad Tajuddin , Kedah

5. SK. Bertam Indah , P.Pinang

6. SK Su ngai  Dua , Pulau Pinang

7.  SK. Sg Acheh Pulau Pinang

8. SK Bagan Jermal Pulau Pinang.

sebelum

Persiapan Dataran Kawad . Mendapat kerjasam yang padu dari semua guru dan staff SKBJ dan turut dibantu oleh pihak USM.

Para kontingen melaporkan diri di Asrama SMKA Almashoor Lelaki , Air Itam pada 3 Jun 2013

semasa

Latihan penyesuaian litar dilakukan pada 4 Jun 2013.

Pertandingan sebenar dijalan pada 5 Jun 2013 tepat pada jam 8.30 pagi. Ia bermula dengan pemeriksaan pakaian .  Pertandingan  diadili oleh Pegawai Polis dari PULAPOL , PALAPES USM , JPAM dan Hakim Kawad Kaki Negeri Pulau Pinang .

hadiah 

Sekali lagi SKBJ mengondol piala kejuaraan dalam pertandinagn ini.

Kedudukan tempat :-

JOHAN – SK BAGAN JERMAL , PULAU PINANG

NAIB JOHAN – SK SG ACHEH , PULAU PINANG

TEMPAT KE 3 – SK TENGKU AMPUAN INTAN , TRENGGANU

 

Hadiah disampaikan oleh Pengarah Pendidikan Negeri Pulau Pinang Tn. Hj. Ahmad Tarmizi bin Kamaruddin.

 

TAHNIAH Kebitaraan Derap Juara , TAHNIAH kepada Cik Siti Hajar Zainuddin Ketua Kebitaraan bersama AJK Kebitaraan . Terima kasih semua.

0 comments:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.