Khamis, 28 Februari 2013

SAMBUTAN MAULIDURRASUL PERINGKAT SEKOLAH

Jumaat ,  8 Februari 2013

SKBJ telah mengadakan Sambutan Maulidurrasul Peringkat Sekolah di bawah kelolaan Panitia Pendidikan Agama Islam & Bahasa Arab. Sementara murid-murid bukan Islam disediakan program dibawah seliaan Panitia Pendidikan Moral.

Murid-murid , guru-guru dan ibubapa serta waris segak berbaju melayu dan kurung  berkumpul di padang sekolah pada awal pagi  dan sama-sama berarak sambil mengalunkan selawat ke atas Rasulullah s.a.w . berjalan mengelilingi Kampung Bagan Jermal dan taman-taman perumahan berhampiran.

maulidurrasul1

Selepas tamat perarakan . Diadakan ceramah Maulidurrasul  yang bertajuk “ Rasulullah Qudwah Hasanah dan Solat Rasulullah” yang disampaikan oleh Yang Berbahagia Ust Alrizuady b. Abd. Rahman Penolong Pengarah Dakwah JPNPP.

Selepas itu diikuti pertandingan kuiz untuk murid Tahap 2 ,  Sementara Murid-murid Pra Sekolah dan Tahap 1 diadakan pertandingan mewarna “ Kami Cinta Rasulullah”.

mrasul2

0 comments:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.