Khamis, 10 Januari 2013

PERHIMPUNAN RASMI KALI 1 2013

7 Januari 2013 merupakah Perhimpunan Mingguan  rasmi pertama bagi 2013 . Perhimpunan minggu ini turut dihadiri oleh Pegawai PROSA (Program Sekolah Angkat) SKBJ  En. Osman b. Ahmad , Ketua Sub Unit Pengurusan Sumber Pendidikan , BTPN Pulau Pinang . Turut hadir pada hari tersebut ialah En. Yusoff Shaari , Penyelaras Sekolah-sekolah  Kluster JPN Pulau Pinang .

7JAN 1

Tema mingguan kali ini bertajuk “Peraturan Sekolah dan Tanggungjawab seorang Pelajar”

Guru Besar turut menyampaikan ucapan memberi penekanan kepada disiplin , peraturan sekolah dan beberapa perkara yang berkaitan dengan P&P dan sekolah.

En. Osman Ahmad selaku Pegawai PROSA SKBJ ,di dalam ucapannya mengucapkan tahniah kepada warga SKBJ kerana memperlihatkan satu perhimpuan mingguan sekolah yang kemas dan  berkesan. Penggunaan slaid semasa perhimpunan memberikan pengisian  yang berilmu  dan  berkesan kepada murid-murid.

0 comments:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.