BERSAMA MEMACU TRANSFORMASI SKBJ NO 1,CEMERLANG 2026

" # Togertherness Striving Tranformation SKBJ No 1,Excellence 2026 ".

KEJAYAAN SKBJ

Anugerah yang diperolehi guru dan murid SKBJ.

JOHAN BOLA SEPAK PERINGKAT DAERAH

Sekolah Kebangsaan Bagan Jermal menjadi Johan bola sepak peringkat daerah SPU.

SUKAN DAN OLAHRAGA

Kemuncak Acara Sukan dan Olahraga SKBJ.

KUMPULAN GAMELAN SEKOLAH

Persembahan sempena Pelancaran Bulan Kebangsaan Peringkat SPU.

PASUKAN BORIA SKBJ

Persembahan sempena Hari Terbuka di PPD SPU.

Khamis, 31 Julai 2025

PERTANDINGAN AKHIR BAHAS


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Berikut merupakan keputusan pertandingan bahas dan pidato hari ini.
Pertandingan akhir Bahas
SKBJ vs SK Genting
Keputusan : SKBJ Menang (Johan) dan akan mewakili negeri Pulau Pinang ke peringkat Kebangsaan.
Keputusan pidato:
Peserta kita iaitu Iman Syahzwan juga telah berjaya mendapat Johan dan akan mewakili negeri Pulau Pinang ke peringkat Kebangsaan.
Rumusan rasmi pertandingan bahas negeri Pulau Pinang 2025 (Edisi SKBJ)
Sidang 1
SK Sungai Dua vs SKBJ
SKBJ menang (0-3)
Pembahas terbaik sidang - Iman Syahzwan
Sidang 2
SK Convent BM vs SKBJ
SKBJ menang (0-3)
Pembahas terbaik sidang - Iman Syahzwan
Sidang 3
SKBJ vs SK Seberang Jaya
SKBJ menang (3-0)
Pembahas terbaik sidang : Iman Syahzwan
Sidang Suku Akhir
SJK(T) Mak Mandin vs SKBJ
SKBJ menang (0-5)
Pembahas terbaik sidang : Iman Syahzwan
Sidang Semi Final
SK Seri Bayu vs SKBJ
SKBJ menang (0-5)
Pembahas terbaik sidang : Izz Khalish Khan
Sidang Akhir
SKBJ vs SK Genting
SKBJ menang (6-1)
Pembahas terbaik pusingan akhir : Iman Syahzwan


 

Rabu, 30 Julai 2025

MAJLIS MINI PAMERAN 3K SEMPENA PERAYAAN 100 TAHUN SK BAGAN JERMAL

 

Majlis Mini Pameran 3K Sempena Perayaan 100 Tahun SK Bagan Jermal yang telah dirasmikan oleh YB Chee Yeeh Keen, ADUN Bagan Jermal, merupakan satu inisiatif bermakna bagi memupuk kesedaran warga sekolah tentang kepentingan kebersihan, kesihatan dan keselamatan. Pameran ini melibatkan kerjasama erat empat agensi kerajaan iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Agensi AntiDadah Kebangsaan (AADK), dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) yang memberikan pendedahan berkaitan keselamatan diri, pencegahan dadah, serta pengurusan kecemasan. Turut serta lima agensi swasta iaitu Bank Simpanan Nasional (BSN), Bank Muamalat, Koperasi Guru Malaysia Berhad (KGMB), Rakan Didik Publication dan Rumpun Mesra Pulau Pinang (AMWAY) yang menyumbang kepada kesedaran kewangan, pendidikan dan gaya hidup sihat. Majlis ini bukan sahaja memeriahkan sambutan 100 tahun sekolah, malah mengeratkan hubungan antara sekolah, komuniti dan pelbagai agensi luar.


photo album


Khamis, 24 Julai 2025

PROGRAM JAYA WARIS KELAS TUNAS HARAPAN

Program Jaya Waris Kelas Tunas Harapan telah diadakan pada 24.7.2025 bersama Penceramah Jemputan Dr Balkis Bint Kaderbawa


photo album


 

Sabtu, 19 Julai 2025

NAIB JOHAN ACARA 4 X 100 METER LELAKI DALAM KEJOHANAN OLAHRAGA SUKAN TAHUNAN SK TAMAN SENANGAN PERINGKAT DAERAH


Sk Bagan Jermal Mendapat Tempat Naib Johan Acara 4 X 100 Meter Lelaki Dalam Kejohanan Olahraga Sukan Tahunan Sk Taman Senangan Peringkat Daerah Tahun 2025



 

Selasa, 8 Julai 2025

PELANCARAN TASKAL-SKBJ "THE GARDEN OF TOMORROW

 

Pada 8 Julai telah dijalankan Program Perasmian Taman TASKAL -SKBJ "The Garden of Tomorrow" yang dirasmikan oleh YB Chee Yeeh Keen, turut hadir dalam program ini YDP PIBG Haji Abdul Hamid bin Ibrahim Naina.  Objektif program ini ialah murid dididik sejak disekolah rendah untuk mengamalkan pengasingan sisa pepejal dan dapat melaksanakan di rumah. Semua sekolah dapat mengamalkan amalan kitar semula dengan adanya sistem yang komprehensif dan holistik. 


photo album


Khamis, 19 Jun 2025

PERTANDINGAN BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN SEKOLAH RENDAH PERINGKAT DAERAH SEBERANG PERAI UTARA 2025

ALHAMDULILLAH, TAHNIAH Kepada Pasukan Bahas SK Bagan Jermal dalam


PERTANDINGAN BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN SEKOLAH RENDAH PERINGKAT DAERAH SEBERANG PERAI UTARA 2025


Bertempat di : SK Seri Gemilang


Berikut:

Keputusan pertandingan bahas ala parlimen BM SR


Pusingan awal

Rabu 18/6/2025

SKBJ vs SK Bertam Indah

Menang 3-0

Pembahas Terbaik: Mohamad Iman Shahzwan (Ketua Pembangkang) 


SKBJ vs SK Pangkalan Jaya 

Menang 3-0

Pembahas Terbaik: Mohamad Iman Shahzwan (Perdana Menteri)


SKBJ vs SK Sungai Dua

Menang 3-0

Pembahas Terbaik: Mohamad Iman Shahzwan (Ketua Pembangkang)


Pusingan Separuh Akhir

Khamis 19/6/2025

SKBJ vs SK Pokok Sena

Menang 5-0

Pembahas Terbaik: Mohamad Iman Shahzwan (Perdana Menteri)


Pusingan Akhir 

Khamis 19/2025

SKBJ vs SK Bertam Indah

Menang 7-0

Pembahas Terbaik: Mohamad Iman Shahzwan (Perdana Menteri)


Keputusannya, SKBJ Johan Pertandingan Bahas Ala Parlimen BM SR Peringkat Daerah SPU.


Semoga Pasukan Bahas SKBJ berjaya membawa cabaran dengan lebih baik di Peringkat Negeri nanti. 


Tahniah semua warga SKBJ.


photo album


 

Jumaat, 13 Jun 2025

KEM PENILAIAN RAMBU KETUA PESURUHJAYA PENGAKAP NEGERI (RAMBU PENGAKAP KANAK-KANAK)

Seramai 16 orang murid SKBJ telah mengikuti KEM PENILAIAN RAMBU KETUA PESURUHJAYA PENGAKAP NEGERI (RAMBU PENGAKAP KANAK-KANAK) yang telah dijalankan pada 13 hingga 14 Julai 2024 (Jumaat dan Sabtu) bertempat di SK Kepala Batas, Pulau Pinang. Tahniah dah syabas kepada peserta yang lulus dengan jayanya KEM PENILAIAN RAMBU PENGAKAP KANAK-KANAK.



 

Selasa, 27 Mei 2025

PIDATO ASPIRASI GENERASI MADANI SPU 2025



 Alhamdulillah

Keputusan Rasmi Pidato Aspirasi Generasi Madani SPU 2025
Johan : Iman Shahzwan SK Bagan Jermal
dan akan mewakili SPU ke Peringkat Negeri.
Pihak sekolah mengucapkan syabas dan tahniah atas kejayaan Iman Shahzwan. Tahniah juga kepada guru pembimbing iaitu Cikgu Mohamad Hafiz bin MD. Saad.

AI ESSENTIAIS FOR EDUCATORS FOUNDATIONS, ETHICS, AND APPLICATION

 


Cabaran AI for Educators di platform SiPP

Tempoh pelaksanaan adalah dari 8 April hingga 21 Jun. Selain menimba ilmu baharu, para guru juga berpeluang memperoleh lebih 13 jam kredit SPLKPM.

Sila semak e-mel masing-masing untuk mendapatkan pautan tugasan dan notifikasi berkaitan. 


LINK:

https://moeeduskillsacademy.percipio.com/profile/assignments/ca4b0ccf-4000-4cba-b69f-68461de7c7e7?tab=active



JADUAL AKSES HARIAN MODUL INDIVIDU SPLKPM MENGIKUT HARI DAN NEGERI






Dimaklumkan bahawa agensi yang terlibat dengan penjadualan baharu ini adalah sekolah/Kolej Vokasional, Kolej Matrikulasi dan Institut Pendidikan Guru Kampus Sahaja. 

Pengguna di JPN, PPD, dan Bahagian tidak terlibat dengan penjadualan ini dan boleh mengakses modul individu pada bila-bila masa.

Sabtu, 24 Mei 2025

KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN 2025


Pada 24 Mei 2025 telah dijalankan Kejohanan Sukan Tahunan bagi tahun 2025. Tema perbarisan pada kejohanan ini ialah buah-buah.  Alhamdulillah Kejohanan Sukan Sekolah Sempena 100 Tahun SKBJ berjalan lancar. Tahniah kepada murid, guru dan semua rumah sukan yang berjaya. Ribuan terima kasih kepada Pentadbir, Pihak YB Chee, PIBG, SU Sukan, Su Koko, Guru-guru, AKP, Penaja Kewangan dan semua yang terlibat dalam menjayakan kejohanan sukan pada hari ini. Terima kasih juga kepada semua yang menyumbang tenaga, makanan dan wang ringgit. Jasa semua amat kami hargai. Mohon maaf sekiranya terdapat salah dan silap sepanjang kejohanan berlangsung. 

photo album







 

Selasa, 20 Mei 2025




Tahniah Cikgu Roslaili Prasekolah Johan Perkongsian Mind Sprout Utarian 2025



 








Jumaat, 16 Mei 2025

SAMBUTAN HARI GURU 2025


 Bagi sambutan Hari Guru tahun 2025, tema yang dipilih iaitu ‘Guru Pemacu Reformasi Pendidikan‘ mencerminkan pengiktirafan terhadap peranan penting golongan pendidik sebagai agen perubahan dalam masyarakat. Tema ini menegaskan bahawa guru bukan sahaja bertanggungjawab dalam menyampaikan ilmu, tetapi juga sebagai pemimpin perubahan yang mampu memperkenalkan inovasi dan memperkasakan pendidikan demi mencapai matlamat nasional.

Dalam Perkara ini, guru diharap dapat menjadi pemangkin kepada revolusi pendidikan yang lebih inklusif, berdaya saing dan relevan dengan keperluan zaman. Mereka harus sentiasa berusaha mempertingkatkan kemahiran dan pengetahuan, serta bersedia menerima cabaran baharu demi memastikan pelajar mendapat pendidikan terbaik.

Hari Guru adalah hari untuk menghormati dan mengucapkan terima kasih kepada semua pendidik yang telah berkorban dan berbakti tanpa jemu. Mereka adalah tulang belakang pembangunan bangsa dan negara. Dalam menghadapi cabaran dan perubahan zaman, guru perlu terus berinovasi dan memperkasakan diri agar mampu mendidik generasi yang cemerlang dan berdaya saing.

photo album


Rabu, 23 April 2025

MAJLIS JAMUAN RAYA PERINGKAT SEKOLAH


 Majlis Jamuan Raya Peringkat sekolah telah diadakan pada 23 April 2025. Pelbagai juadah disediakan. Terima kasih kepada ibu bapa / waris yang memberikan sumbangan kepada pihak sekolah bagi memeriahkan lagi suasana Jamuan Raya ini.


photo album


JOM BACA BERSAMA 10 MINIT


Jom baca bersama 10 minit
 
poho album

Isnin, 21 April 2025

MAJLIS SIMBOLIK PEMAKAIAN LENCANA JALUR GEMILANG

 


Pada 21 April 2025 (Isnin)Majlis Simbolik Pemakaian Lencana Jalur Gemilang pada Pakaian Seragam Murid

photo album


Jumaat, 18 April 2025

PROGRAM JAYA WARIS DAN HALA TUJU MURID TAHUN 6

 


Pada 18.4.2025 (Jumaat)Perjumpaan Ibu bapa /waris murid tahun 6. Pihak sekolah telah menganjurkan program Jaya Waris & Hala Tuju Murid Tahun 6. Program ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada ibu bapa /penjaga membuat persediaan anak-anak mereka ke tingkatan 1 pada tahun 2026.


photo album


Isnin, 14 April 2025

LINGUA FRANCA WEEK


 The English Panel proudly presents the launch of Lingua Franca Week officiated by our esteemed Headmaster Mr. Ahmad Kaber Bin K.Ismail, with a warm and motivating welcoming speech delivered by Madam Puspa Muniandy,the Head of the English Panel. This special week is filled with exciting and meaningful activities tailored to every level:

Year 1: Word Search

Year 2: The Best Handwriting

Year 3: Spell It Right (SIR)

Year 4: Mega Mart Mania

Year 5: Storytelling

Year 6: Kahoot Challenge

With a focus on creativity, language skills, and fun, English Week promises to be an enriching experience for all. Let the celebration of learning and expression begin!