BERSAMA MEMACU TRANSFORMASI SKBJ NO 1,CEMERLANG 2026

" # Togertherness Striving Tranformation SKBJ No 1,Excellence 2026 ".

KEJAYAAN SKBJ

Anugerah yang diperolehi guru dan murid SKBJ.

JOHAN BOLA SEPAK PERINGKAT DAERAH

Sekolah Kebangsaan Bagan Jermal menjadi Johan bola sepak peringkat daerah SPU.

SUKAN DAN OLAHRAGA

Kemuncak Acara Sukan dan Olahraga SKBJ.

KUMPULAN GAMELAN SEKOLAH

Persembahan sempena Pelancaran Bulan Kebangsaan Peringkat SPU.

PASUKAN BORIA SKBJ

Persembahan sempena Hari Terbuka di PPD SPU.

Jumaat, 31 Oktober 2025

LAWATAN PENANDA ARAS SK KODIANG DAN SK KAMPUNG JAWA KEDAH

Alhamdulillah pada 31 Oktober 2025 SK Bagan Jermal telah menerima Lawatan Penanda Aras dari dua buah sekolah iaitu SK Kodiang dan SK Kampung Jawa, Kedah. Semoga dengan lawatan ini dapat meneratkan lagi hubungan siratulrahim dan bertukar-tukar buah fikiran dalam dunia pendidikan
antra kedua-dua buah sekolah dari Negeri Kedah ini.


 

photo album

Rabu, 29 Oktober 2025

PERTANDINGAN PIDATO ASPIRASI GENERASI MADANI SK DI KARNIVAL SEMARAK PERPADUAN BAHASA PERINGKAT KEBANGSAAN 2025.

 

Alhamdulillah

TAHNIAH dan SYABAS

Kepada Adik MOHAMAD IMAN SHAHZWAN BIN MOHAMAD SHAHNAZ dari 6 Jauhari dan Cikgu MOHAMAD HAFIZ BIN MD SAAD atas kejayaan membanggakan (Tempat ke-4) dalam Pertandingan Pidato Aspirasi Generasi Madani SK di Karnival Semarak Perpaduan Bahasa Peringkat Kebangsaan 2025.

Terima kasih atas usaha dan kesungguhan mengharumkan nama sekolah.

#skbjno1

Sabtu, 25 Oktober 2025

JOHAN DALAM PERTANDINGAN PIDATO CELIK MADANI ANJURAN YADIM PERINGKAT KEBANGSAAN

Sekalung ucapan tahniah buat adik Mohamad Iman Shahzwan bin Mohd Shahnaz dari SK Bagan Jermal atas pencapaian Johan dalam pertandingan Pidato Celik Madani anjuran Yadim peringkat kebangsaan. Ucapan tahniah didedikasikan juga buat jurulatih hebat Cikgu Mohamad Hafiz bin Md Saad .



 

Jumaat, 24 Oktober 2025

PELAKSANAAN SOLAT HAJAT

 

Pelaksanaan solat hajat seperti yang dinyatakan dalam surat rasmi Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang bertarikh 24.10.2025 adalah sebagai usaha spiritual untuk memperkuat kebergantungan kepada Allah SWT dalam menjaga keselamatan dan kesejahteraan pelajar, guru, dan seluruh warga sekolah. Berikut penjelasan lanjut:

Tujuan Utama Solat Hajat

Memohon perlindungan daripada sebarang musibah atau ancaman yang boleh menjejaskan keselamatan warga sekolah.

Meningkatkan kebergantungan dan pengharapan kepada Allah SWT sebagai sumber kekuatan dan perlindungan.

Mengukuhkan nilai spiritual dan rohani dalam kalangan warga pendidikan, agar sentiasa berada dalam lindungan dan rahmat Allah.

Mendoakan kelancaran urusan pendidikan, termasuk peperiksaan, kesihatan pelajar dan guru, serta keharmonian suasana pembelajaran








PERTANDINGAN PIDATO CELIK MADANI DAN ASPIRASI GENERASI MADANI PERINGKAT KEBANGSAAN



 Warga SK Bagan Jermal mendoakan dan mengucapkan “Selamat Maju Jaya” kepada Mohamad Iman Shahzwan bin Mohamad Shahnaz dan cikgu Mohamad Hafiz bin Md Saad (Guru Pembimbing) mewakili Pulau Pinang ke dua pertandingan pidato.


Khamis, 16 Oktober 2025

PEMBAHAS TERBAIK KESELURUHAN PUSINGAN AWAL PERTANDINGAN BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN SEKOLAH RENDAH PERINGKAT KEBANGSAAN 2025.



 Alhamdulillah, selesai perjuangan anak-anak 
bahas SKBJ/Pulau Pinang. Sekalung penghargaan dan apresiasi buat mereka semua. Tahniah juga buat Iman Syahzwan berjaya mendapat pembahas terbaik keseluruhan pusingan awal.

Isnin, 13 Oktober 2025

PERTANDINGAN BAHAS BAHAHA MELAYU ALA PARLIMEN SEKOLAH RENDAH PERINGKAT KEBANGSAAN 2025.

Selamat Maju Jaya kepada Pasukan Bahas SK Bagan Jermal yang akan mewakili Pulau Pinang dalam Pertandingan Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen Sekolah Rendah Peringkat Kebangsaan 2025. Pertandingan ini akan berlangsung pada 13 Oktober hingga 16 Oktober 2025 di Perlis. Semoga Pasukan Bahas SK Bagan Jermal dapat buat yang terbaik dan mendapat kejayaan yang diimpikan.

 

Jumaat, 10 Oktober 2025

HARI SUKAN NEGARA


 Pada hari Jumaat, 10 Oktober 2025, SK Bagan Jermal telah bergema dengan sorakan dan semangat kesukanan sempena sambutan Hari Sukan Negara! Bertempat di Padang dan Dewan Gemilang, acara ini menyaksikan penglibatan aktif guru dan murid dalam pelbagai aktiviti yang mencabar fizikal dan menyatukan jiwa.

Dari larian santai hingga permainan tradisional, setiap detik dipenuhi dengan kegembiraan, kerjasama dan semangat perpaduan. Terima kasih kepada semua warga sekolah yang menjayakan hari penuh warna ini — anda adalah juara sebenar!

Photo album


Ahad, 14 September 2025

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL


 Sambutan Maulidur Rasul telah diadakan pada 12.9.2025 (Jumaat). Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah diadakan bagi memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan memainkan peranan penting dalam mendidik serta membentuk sahsiah pelajar.

photo album


Khamis, 11 September 2025

JOHAN PIDATO KEBANGSAAN WAKIL PULAU PINANG


Alhamdulillah Muhamad Iman Shahwan b. Muhamad Shahnaz Johan Pidato Kebangsaan wakil Pulau Pinang. Juga dianugerahkan sebagai:
❤️Johan pidato,
❤️Anugerah persembahan terbaik &
❤️Anugerah piala Menteri pepaduan
Dan setinggi-tinggi penghargaan ditujukan kepada Cikgu Hafiz bin Md Saad guru pembimbing pidato yang sentiasa sabar, tekun dan komited dalam membimbing sehingga lahirnya kejayaan yang membanggakan.






 

Rabu, 10 September 2025

PERTANDINGAN AKHIR PIDATO RUKUN NEGARA PIALA PUSINGAN TYT YDP MELAKA


 Warga SK Bagan Jermal mengucapkan Selamat Berjaya Kepada Adik Mohamad Iman Shahzwan dalam Pertandingan Akhir Pidato Rukun Negara Piala Pusingan TYT YDP Melaka pada esok hari (11 September 2025).

Jumaat, 29 Ogos 2025

LAWATAN PENANDA ARAS SK RAMBONG PULAI BALING, KEDAH


Pada 29 Ogos 2025 SK bagan Jermal menerima kunjungan lawatan penanda aras dari SK Rambong Pulai Baling, Kedah. Antara tempat yang dikunjungi ialah Bilik Pra Sekolah dan Pendidikan Khas. Pihak sekolah sekali lagi merakamkan jutaan terima kasih atas kesudian SK Rambong Pulau berkunjung ke SK Bagan Jermal.

photo album


 

Rabu, 27 Ogos 2025

LAWATAN TUAN MOHAMAD ZAWAWI BIN AHMAD (TIMBALAN PENGARAH PENDIDIKAN JPNPP) KE PRASEKOLAH


Lawatan Tuan Mohamad Zawawi bin Ahmad (Timbalan Pengarah Pendidikan JPNPP) ke Prasekolah SK Bagan Jermal untuk melihat amalan Pengajaran menggunakan teknologi digital kepada murid-murid prasekolah .

photo album





 



Isnin, 25 Ogos 2025

PERTANDINGAN PIDATO RUKUN NEGARA PERINGKAT KEBANGSAAN PIALA PUSINGAN TUAN YANG TERUTAMA YANG DIPERTUA NEGERI MELAKA 2025



 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Untuk Makluman semua Warga SKBJ
Alhamdulillah, Adik Mohamad Iman Shahzwan Bin Mohamad Shahnaz, 6 Jauhari telah berjaya menempatkan diri dalam TOP 3 dalam PERTANDINGAN PIDATO RUKUN NEGARA PERINGKAT KEBANGSAAN PIALA PUSINGAN TUAN YANG TERUTAMA YANG DIPERTUA NEGERI MELAKA 2025

Iman Shahzwan akan bertanding secara bersemuka dalam Kategori Sekolah Rendah bersama 2 Peserta lagi untuk merebut tempat terbaik dalam TOP 3. Dijadualkan pada 11 September 2025 di MiTC Melaka.
Doakan semoga Wakil kita mendapat Johan dalam pertandingan ini.
Terima kasih atas sokongan dan doa semua.

Khamis, 31 Julai 2025

PERTANDINGAN AKHIR BAHAS


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Berikut merupakan keputusan pertandingan bahas dan pidato hari ini.
Pertandingan akhir Bahas
SKBJ vs SK Genting
Keputusan : SKBJ Menang (Johan) dan akan mewakili negeri Pulau Pinang ke peringkat Kebangsaan.
Keputusan pidato:
Peserta kita iaitu Iman Syahzwan juga telah berjaya mendapat Johan dan akan mewakili negeri Pulau Pinang ke peringkat Kebangsaan.
Rumusan rasmi pertandingan bahas negeri Pulau Pinang 2025 (Edisi SKBJ)
Sidang 1
SK Sungai Dua vs SKBJ
SKBJ menang (0-3)
Pembahas terbaik sidang - Iman Syahzwan
Sidang 2
SK Convent BM vs SKBJ
SKBJ menang (0-3)
Pembahas terbaik sidang - Iman Syahzwan
Sidang 3
SKBJ vs SK Seberang Jaya
SKBJ menang (3-0)
Pembahas terbaik sidang : Iman Syahzwan
Sidang Suku Akhir
SJK(T) Mak Mandin vs SKBJ
SKBJ menang (0-5)
Pembahas terbaik sidang : Iman Syahzwan
Sidang Semi Final
SK Seri Bayu vs SKBJ
SKBJ menang (0-5)
Pembahas terbaik sidang : Izz Khalish Khan
Sidang Akhir
SKBJ vs SK Genting
SKBJ menang (6-1)
Pembahas terbaik pusingan akhir : Iman Syahzwan


 

Rabu, 30 Julai 2025

MAJLIS MINI PAMERAN 3K SEMPENA PERAYAAN 100 TAHUN SK BAGAN JERMAL

 

Majlis Mini Pameran 3K Sempena Perayaan 100 Tahun SK Bagan Jermal yang telah dirasmikan oleh YB Chee Yeeh Keen, ADUN Bagan Jermal, merupakan satu inisiatif bermakna bagi memupuk kesedaran warga sekolah tentang kepentingan kebersihan, kesihatan dan keselamatan. Pameran ini melibatkan kerjasama erat empat agensi kerajaan iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Agensi AntiDadah Kebangsaan (AADK), dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) yang memberikan pendedahan berkaitan keselamatan diri, pencegahan dadah, serta pengurusan kecemasan. Turut serta lima agensi swasta iaitu Bank Simpanan Nasional (BSN), Bank Muamalat, Koperasi Guru Malaysia Berhad (KGMB), Rakan Didik Publication dan Rumpun Mesra Pulau Pinang (AMWAY) yang menyumbang kepada kesedaran kewangan, pendidikan dan gaya hidup sihat. Majlis ini bukan sahaja memeriahkan sambutan 100 tahun sekolah, malah mengeratkan hubungan antara sekolah, komuniti dan pelbagai agensi luar.


photo album


Khamis, 24 Julai 2025

PROGRAM JAYA WARIS KELAS TUNAS HARAPAN

Program Jaya Waris Kelas Tunas Harapan telah diadakan pada 24.7.2025 bersama Penceramah Jemputan Dr Balkis Bint Kaderbawa


photo album


 

Sabtu, 19 Julai 2025

NAIB JOHAN ACARA 4 X 100 METER LELAKI DALAM KEJOHANAN OLAHRAGA SUKAN TAHUNAN SK TAMAN SENANGAN PERINGKAT DAERAH


Sk Bagan Jermal Mendapat Tempat Naib Johan Acara 4 X 100 Meter Lelaki Dalam Kejohanan Olahraga Sukan Tahunan Sk Taman Senangan Peringkat Daerah Tahun 2025