BERSAMA MEMACU TRANSFORMASI SKBJ NO 1,CEMERLANG 2026

" # Togertherness Striving Tranformation SKBJ No 1,Excellence 2026 ".

KEJAYAAN SKBJ

Anugerah yang diperolehi guru dan murid SKBJ.

JOHAN BOLA SEPAK PERINGKAT DAERAH

Sekolah Kebangsaan Bagan Jermal menjadi Johan bola sepak peringkat daerah SPU.

SUKAN DAN OLAHRAGA

Kemuncak Acara Sukan dan Olahraga SKBJ.

KUMPULAN GAMELAN SEKOLAH

Persembahan sempena Pelancaran Bulan Kebangsaan Peringkat SPU.

PASUKAN BORIA SKBJ

Persembahan sempena Hari Terbuka di PPD SPU.

Khamis, 13 September 2018

PROGRAM PERKONGSIAN PINTAR JARINGAN BERSAMA SK KUBANG KERIAN (3) SEKOLAH BERPRESTARI TINGGI KPM

'PROGRAM PERKONGSIAN PINTAR' anjuran Unit Kluster SK Bagan Jermal telah dijalankan di SK Kubang Kerian (3), Kota Bharu, Kelantan. Hampir kesemua guru dan staff yang hadir ke Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) Kementerian Pendidikan Malaysia pada 10 September 2018. Pelbagai informasi terkini yang dapat dikongsi dari segi pentadbiran (akademik), hal ehwal murid dan kokurikulum hasil daripada program tersebut.

Bertunjangkan nilai-nilai sekolah yang diterapkan kepada warga SK Kubang Kerian (3) iaitu SMART, SENYUM, SALAM, SOPAN dan SAYANG sememangnya bertepatan dalam mencipta nama sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) pada tahun 2014. Banyak pencapaian yang telah mereka kecapi sama ada di peringkat negeri hingga peringkat antarabangsa. Diharapkan ikatan ukhwah antara warga SKBJ dengan SKKK3 sentiasa terpelihara pada masa akan datang. Insya Allah!!!















PROGRAM SAINTIS MUDA SK BAGAN JERMAL 2018

Program anjuran Panitia Sains SKBJ telah diadakan pada 21 Julai 2018 bertempat di Bilik Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK-21), SK Bagan Jermal. Program tersebut adalah hasil kerjasama dengan TECH DOME PENANG yang berpengkalan di KOMTAR, Pulau Pinang. Ini merupakan pertama kali diadakan untuk mengkaji kaedah-kaedah yang sesuai dengan minat dan kecenderungan murid di samping meminati mata pelajaran sains.

Pada masa yang sama, program ini telah mendapat komitmen yang cukup baik antara guru panitia sains dengan guru panitia matematik dari segi keberadaan sepanjang program, persiapan tempat, siaraya dan kawalan murid. Pengisian aktiviti program seperti aplikasi '3D Creators' dan '3D Hands-On' memberi dimensi baru kepada murid-murid SKBJ dalam membantu berfikir secara kreatif dan inovatif menghasilkan ciptaan yang memberi manfaat berguna dalam kehidupan seharian.Diharapkan program ini akan terus berkembang pada masa akan datang.






















Isnin, 10 September 2018

PERKHEMAHAN PERDANA UNIT BERUNIFORM SK BAGAN JERMAL 2018

Program perkhemahan tersebut telah dijalankan pada 27 hingga 28 Julai 2018 di KEDA Resort, Kampung Bendang Man, Sik, Kedah Darul Aman. Perkhemahan pada kali ini dijalankan di luar kawasan sekolah bagi mewujudkan sesuatu yang baru dan menyeronokkan di kalangan murid dan guru.

Aktiviti-aktiviti yang disisipkan sepanjang perkhemahan ialah Ikhtiar Hidup, Pertandingan Membuat Gajet, Pertandingan Asas Bantu Mula, Laluan Berliku, Latihan Dalam Kumpulan (LDK), Night Walk, Jungle Tracking, Asas Kawad Kaki, Memasak dan Orienteering (Kompas). Keseluruhannya, kesemua murid berjaya mengikuti aktiviti tersebut dengan baik dan pengurusan masa yang berkualiti di Kampung Bendang Man.