BERSAMA MEMACU TRANSFORMASI SKBJ NO 1,CEMERLANG 2026

" # Togertherness Striving Tranformation SKBJ No 1,Excellence 2026 ".

KEJAYAAN SKBJ

Anugerah yang diperolehi guru dan murid SKBJ.

JOHAN BOLA SEPAK PERINGKAT DAERAH

Sekolah Kebangsaan Bagan Jermal menjadi Johan bola sepak peringkat daerah SPU.

SUKAN DAN OLAHRAGA

Kemuncak Acara Sukan dan Olahraga SKBJ.

KUMPULAN GAMELAN SEKOLAH

Persembahan sempena Pelancaran Bulan Kebangsaan Peringkat SPU.

PASUKAN BORIA SKBJ

Persembahan sempena Hari Terbuka di PPD SPU.

Khamis, 25 April 2013

SKBJ KEKALKAN KEJUARAAN

 

14.4.2013 Pasukan Kawad Kaki SKBJ berjaya mengekalkan kejuaraan Kawad kaki Peringkat Daerah seberang Perai Utara. Pertandingan kali ini dijalankan di Padang Kawad Sekolah Menengah Sains , Kepala Batas .

Majlis Penyampaian hadiah telah diadakan di dalam perhimpunan rasmi sekolah  hari isnin yang lalu.

KAWAD KAKI1

KAAD KAKI2

Tahniah kepada Pasukan Derap Juara  dan semua guru yang terlibat. Setinggi-tinggi tahniah kepada Ketua Jurulatih Cik Siti Hajar Zainuddin dan juga Guru-guru pelatih yang banyak membantu.

TAHNIAH … TAHNIAH ….

DARI PUNCAK KE ANGKASA ….

Rabu, 24 April 2013

NASYID SKBJ– JOHAN PERINGKAT DAERAH

 

17.3.2013 Pasukan nasyid sekolah kerana telah merangkul gelaran Johan di pertandingan Nasyid peringkat Daerah .Kumpulan nasyid ini dibawah pimpinan Ustazah Nashirah , Cikgu Noramin , guru-guru  panitia Agama Islam turut dibantu oleh  beberapa orang guru pelatih .

TAHNIAH … TAHNIAH …

DSCN6658

Khamis, 11 April 2013

MESYUARAT J/K KERJA SEMINAR ANTARABANGSA KEPIMPINAN SEKOLAH-SEKOLAH KLUSTER KALI PERTAMA 2013

 

9 April 2013 bertempat di Bilik Persidangan SKBJ  berlangsung Mesyuarat J/K Kerja Seminar Antarabangsa Kepimpinan Sekolah-sekolah Kluster Kali Pertama 2013 yang dihadiri oleh Guru-guru Besar Sekolah Kluster Zon Utara. Mesyuarat dipengerusikan oleh Tn. Hj Kamaruzaman Salim , Guru Besar SK Bagan Jermal selaku tuan rumah .

mesyuarat guru besar kluster

DSC_0635

Rabu, 10 April 2013

SELAMAT HARI LAHIR

 

Selamat hari Lahir pada guru dan staff yang lahir pada bulan bulan April …

DSC_1533

Selamat hari Lahir juga khas pada Tuan Haji Kamaruzaman Salim , Guru Besar Cemerlang SKBJ ..

DSC_1529