Rabu, 17 Oktober 2012
Selasa, 16 Oktober 2012
EKSPLORASI KEBITARAAN SEKOLAH KLUSTER ZON UTARA
9 hingga 11 Oktober 2012 , SKBJ menyertai Karnival Eksplorasi Kebitaraan sekolah Kluster Zon Utara di Sk Sena , Kangar Perlis .
SK Bagan Jermal berjaya mendapat tempat ke-2 dalam karnival ini.
Tahniah kepada Jawatankuasa Kluster sekolah , Guru-guru pengiring , murid-murid dan semua warga SKBJ yang turut membantu kecemerlangan ini .
TAHNIAH … TAHNIAH ….. SKBJ
PERTANDINGAN SEPAK TAKRAW PIALA GURU BESAR KLUSTER 2012
Hari Sabtu , 13 Oktober 2012 Pertandingan ini adalah sebahagian aktiviti Kebitaraan Rejam Emas .
Penyertaan terdiri dari 12 regu yang melibatkan penyertaan 60 orang murid dan 12 orang pengurus pasukan dari 10 buah sekolah . Seramai 12 orang pegawai yang terlibat dan penyampaian hadiah disempurnakan oleh Penolong Kanan kokurikulum SKBj En Ghazali b. Abd Hamid.
TAHNIAH! TAHNIAH! KEBITARAAN REJAM EMAS ……
Jumaat, 12 Oktober 2012
Rabu, 10 Oktober 2012
PERKHEMAHAN PERDANA 2012
Perkhemahan Perdana 2012 telah diadakan pada 5 dan 6 Oktober 2012 yang lalu . Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Pelbagai aktiviti telah dijalankan antaranya Mencipta logo pasukan , Nyanyian lagu patriotik , Hafazan , kawad kaki , pertolongan cemas dan memasak (ikhtiar hidup)
Keputusan pertandingan sepanjang program
Selasa, 9 Oktober 2012
LAWATAN PEMANTAUAN PEGAWAI LINUS PPD SEBERANG PERAI UTARA
2 Oktober 2012
Seramai 4 orang Pegawai LINUS dari Pejabat Pendidikan Daerah Seberang Perai Utara membuat pemantauan perjalanan aktiviti dan P&P LINUS di SKBJ.
Khamis, 4 Oktober 2012
PERTANDINGAN SEPAK TAKRAW ANTARA KELAS
Pertandingan diadakan pada hari Sabtu 29 September 2012 , bertempat di Gelanggang Sepak Takraw SKBJ. Pertandingan ini dianjurkan Kebitaraan Rejam Emas.
Seramai 80 orang peserta yang terdiri daripada 57 orang murid dari tahun 3 , 4 , 5 dan 6. Termasuk 12 orang pengurus pasukan dan 11 orang pegawai pertandingan .
Majlis Penutup dirasmikan Tn Hj Zaini Jaafar Yang Dipertua PIBG SKBJ seterusnya turut menyampaikan hadiah kepada para pemenang . Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Penolong Kanan Kokurikulum SKBJ En. Ghazali b. Abd Hamid
Keputusan Pertandingan
Tahun 3
Johan – 3 Kreatif
Naib Johan – 3 Harmoni
Tempat ke 3 – 3 Bestari
Tahun 4
Johan – 4 Harmoni
Naib Johan – 4 Kreatif
Tempat ke 3 – 4 Bestari
Tahun 5
Johan – 5 Harmoni
Naib Johan – 5 Bestari
Tempat ke 3 – 5 Kreatif
Tahun 6
Johan – 6 Harmoni
Naib Johan – 6 Kreatif
Tempat ke 3 – 6 Bestari
Tahniah ….. Kebitaraan Rejam Emas .
Selasa, 2 Oktober 2012
MESYUARAT AJK INDUK HARI ANUGERAH CEMERLANG
2 Okt 2012 . Mesyuarat diadakan pada pukul 1.35 tengah hari di Bilik Persidangan.
Mesyuarat dipengerusikan oleh Tn Hj Idris Othman , Penolong Kanan Kurikulum yang memangku Guru Besar .
Mesyuarat membincangkan perkara berkaitan dan berbangkit tentang Hari Anugerah Cemerlang .
MESYUARAT KHAS KLUSTER
Mesyuarat diadakan pada 1 Okt 2012 jam 1.35 petang. Mesyuarat dipengerusikan oleh Tn. Hj Idris Othman PK1 bertempat di Bilik bahasa Inggeris. Mesyuarat melibatkan semua AJK INDUK dan Ketua Kebitaraan Kluster iaitu Derap Juara , Rejam Emas , Bahasa dan lestari Budaya. Mesyuarat diadakan membincangkan perancangan bagi peruntukan 2012 dan berdasarkan tunjuk cara dan nasihat dari En Arbain Kassim , Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kluster.
LAWATAN PEMANTAUAN KLUSTER
1 Oktober 2012
Lawatan Pemantauan oleh En. Arbain b. Kassim , Penolong Pengarah BPSBPSK
Taklimat telah diadakan di Bilik Persidangan SKBJ yang melibat Penolong Kanan dan semua Ketua-ketua Kebitaraan Kluster . Taklimat berkisar kepada kewangan dan peruntukan 2012 .
Isnin, 1 Oktober 2012
KOKURIKULUM UNIT BERUNIFORM
26 Septembar 2012
Aktiviti kurikulum minggu ini ialah Unit Beruniform
Antara aktiviti yang dijalankan :-
Taklimat Perkhemahan Perdana yang akan diadakan pada 5 Okt 2012 oleh Penyelaras Unit Beruniform
Cik Siti Hajar Zainuddin .
TKRS – Sukaneka Pengakap – Kawad Kaki
Puteri Islam … Tiada di dalam gambar ialah PBSM