2 Julai 2012 yang lalu , Pusat Sumber Sekolah demgam kerjasama KEBITARAAN BAHASA KLUSTER melancarkan SAMBUTAN BULAN MEMBACA peringkat sekolah dengan slogan “JOM BACA BUKU “ dan “ BANGSA MEMBACA , BANGSA BERJAYA “
Upacara perasmian disempurnakan oleh En. Kamaruzaman Salim , Guru Besar Cemerlang SKBJ .
Dikuti dengan gimik “JOM BACA” ……
Murid dan guru membaca buku secara senyap selama 10 minit ..
Sepanjang Bulan Julai ini , bersempena dengan BULAN MEMBACA pelbagai aktiviti yang akan dijalankan.Antaranya ialah :-
1. Teka silangkata
2. Permainan Bahasa
3. Pertandingan Tulisan Cantik
4. Jejak Maklumat
5. Pertandingan Sahibba – Tahap 2
Murid-murid boleh berhubung dengan Guru Perpustakaan dan Media Pn. Rosnani Mat untuk maklumat lanjut dan sentiasa peka dengan makluman yang akan diberi dari semasa ke semasa .
Tahniah kepada Jawatankuasa Pusat Sumber Sekolah dan KEBITARAAN BAHASA KLUSTER .