BERSAMA MEMACU TRANSFORMASI SKBJ NO 1,CEMERLANG 2026

" # Togertherness Striving Tranformation SKBJ No 1,Excellence 2026 ".

Rabu, 24 Februari 2010

KERJA PENAIKTARAFAN DI BAWAH PERUNTUKAN SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN

Kerjakerja penaiktarafan di bawah peruntukan Sekolah Kluster Kecemerlangan telah bermula sejak minggu lepas. Kawasan yang terlibat  ialah Kelas 2 Bestari dinaiktarafkan menjadi Makmal Bahasa , Kelas 2 Kreatif sebagai Bilik Matematik dan tempat letak kereta guru sebagai padang kawad. Buat sementara waktu kelas 2 Bestari telah berpindah ke Kelas 2 Harmoni dan Kelas 2 Harmoni berpindah ke Makmal Sains Tahap 1. Sementara Kelas 2 Kreatif pula sekarang...

Selasa, 23 Februari 2010

PEPERIKSAAN UPTP 1 / UP1 2010

Minggu ini merupakan minggu peperiksaaan . UPTP1/UP1 bermula dari 23 Februari 2010  hingga 25 Februari 2010 . Jadual boleh dirujuk di bawah . Para pelajar nampaknya semua bersedia .  Pelajar Tahun 2 Kreatif tekun menjawab soalan. Kelas 2 Kreatif terpaksa berpindah sementara ke bilik tayangan kerana kelas sedang dinaiktarafkan. Pelajar tekun menjawab soalan peperiksaaan . Pada para pelajar SELAMAT MAJU JAYA …. INSYAALLAH...

Jumaat, 12 Februari 2010

LAWATAN BINA INSAN INSTITUT PERGURUAN TUANKU BAINUN

Khamis , 11 Februari  skbj telah dilawati oleh Persatuan Guru Pelatih PISMP , Institut Perguruan Tuanku Bainun . Seramai 20 orang peserta dari Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP) bersama seorang Pensyarah terlibat dalam lawatan ini.  Program ini merupakan salah satu komponen latihan yang penting dan perlu didedahkan kepada guru pelatih dalam membentuk jati diri , semangat kerjasama , nilai dan akhlak murni serta pengetahuan...

Isnin, 8 Februari 2010

LAWATAN PEMANTAUAN DARI PKG TELUK AIR TAWAR

Hari ini Pusat Sumber dan Unit Bestari & ICT menerima kunjungan dari Pegawai-pegawai BTP dari PKG Teluk Air Tawar . Pegawai yang hadir dalam sesi lawatan ini ialah En. Anuar Omar , PTP 1 . En. Mohd Faisal Haji Ismail PTP 2 dan Cik Nor Ezaini Abdullah Juruteknik F17 . Mengikut En. Anuar Omar PTP 1 PKG Teluk Air Tawar lawatan ini adalah pemantauan biasa dan merupakan rutin  wajib yang perlu dilakukan oleh PKG pada sekolah-sekolah yang berada...

KEJOHANAN SEPAK TAKRAW BAWAH 12 TAHUN ZON BUTTERWORTH

       Kejohanan ini telah berlangsung pada 2 hingga 5 Februari 2010 di Dewan SMK Kepala Batas. SKBJ telah menyertai 2 acara iaitu acara berpasukan dan antara regu.               Wakil Sekolah bersama guru pengiring En. Azizi Salleh dan En. Noor Mohammad b. Mat Esah.           Dalam acara berpasukan...

Jumaat, 5 Februari 2010

FRIDAY IS ENGLISH DAY

Beginning 5th February 2010 , every friday will be English Day . All pupils and teachers are encouraged to converse in english . Today was the launching for English Day . The ceremony was officiated by our headmistress Pn.Habibah Ahmad. Pn. Habibah is giving her speech. Pn. Habibah unveiled the banner for English Day. Our administrative is standing with the banner for English Day . Every Friday the pupils will  be wearing an...

Khamis, 4 Februari 2010

PUSAT AKSES KEMBALI BEROPERASI ….

Pusat Akses sekolah kini kembali beroperasi mengikut jadual yang telah ditetapkan. Sepanjang Januari yang lalu murid bebas masuk pada waktu rehat , tapi kini mulai 1 Februari 2010 , murid perlu mematuhi jadual penggunaan mengikut kelas yang telah ditampal di dalam kelas masing-masing . Di sini saya muat turunkan semula jadual penggunaan bagi bulan Februari ini.   Pusat Akses juga dibuka selepas waktu persekolahan sehingga pukul 2.30 petang...

Rabu, 3 Februari 2010

HARI PERTAMA SEKOLAH 4 JANUARI 2010

Entry ini dikira sebagai entry terlewat . Sebahagian photo ini diambil pada hari pertama persekolahan iaitu 4 Januari 2010. Pada hari ini pelbagai karenah murid dapat dilihat. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar . Tiada kejadian yang membimbangkang. Hari pertama persekolahan berjalan  lancar , memandangkan semua urusan persekolahan seperti pembelian buku tulis , pemberian buku teks dan pembahagian kelas telah dibuat pada cuti sekolah yang...