BERSAMA MEMACU TRANSFORMASI SKBJ NO 1,CEMERLANG 2026

" # Togertherness Striving Tranformation SKBJ No 1,Excellence 2026 ".

KEJAYAAN SKBJ

Anugerah yang diperolehi guru dan murid SKBJ.

JOHAN BOLA SEPAK PERINGKAT DAERAH

Sekolah Kebangsaan Bagan Jermal menjadi Johan bola sepak peringkat daerah SPU.

SUKAN DAN OLAHRAGA

Kemuncak Acara Sukan dan Olahraga SKBJ.

KUMPULAN GAMELAN SEKOLAH

Persembahan sempena Pelancaran Bulan Kebangsaan Peringkat SPU.

PASUKAN BORIA SKBJ

Persembahan sempena Hari Terbuka di PPD SPU.

Isnin, 3 Disember 2018

HARI APRESIASI TAHUN 6 2018

Majlis Hari Apresiasi Tahun 6 SK Bagan Jermal telah diadakan pada 1 November 2018 bertempat di Dewan Gemilang SKBJ. Majlis tersebut diadakan dengan penuh istiadat dengan pembukaan sidang penerimaan sijil dan penangguhan sidang yang telah dimeterai oleh Guru Besar, En. Zainal Bin Hj. Ahmad.

























SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SK BAGAN JERMAL 2018

"MENYANTUNI UMAT MEMBAWA RAHMAT"

Begitulah tema sempena Sambutan Maulidur Rasul 1440 Hijrah bersamaan 2018 Masehi. Pada 21 November 2018, sambutan tersebut bejaya diadakan dan dihayati oleh semua warga SK Bagan Jermal. Alhamdulillah, majlis tersebut diadakan dengan penuh kesederhanaan diiringi dengan selawat dan salam junjungjan kita Nabi Muhammad S.A.W yang dipimpin oleh Ustaz Jais, Ustaz Ruzaidin, Ustaz Mohd Zaihal dan rakan-rakan guru yang lain. Tidak ketinggalan juga, majlis ini diceriakan dengan penceramah undangan khas iaitu Pencetus Ummah (P.U) Yeop yang hadir ke SK Bagan Jermal dengan menyampaikan ceramah yang berkaitan. Selepas itu, pelbagai acara yang dipertandingkan di bawah kendalian Panitia Pendidikan Islam seperti hafazan, tulisan khat, kuiz sirah Rasul dan lain-lain.





KARNIVAL SUKAN SK BAGAN JERMAL 2018

Minggu terakhir sesi persekolahan 2018, Unit Sukan dan Permainan SK Bagan Jermal telah menganjurkan Karnival Sukan pada 19 November 2018. Karnival tersebut terbuka kepada murid Tahun 4, 5 dan 6 (lelaki dan perempuan) dengan acara yang dipertandingkan iaitu sepaktakraw dan bola jaring. Namun, pada masa yang sama karnival tersebut berjaya mencungkil bakat-bakat baru untuk menghadapi cabaran pada kejohanan peringkat zon hingga kebangsaan untuk tahun 2019.









Khamis, 13 September 2018

PROGRAM PERKONGSIAN PINTAR JARINGAN BERSAMA SK KUBANG KERIAN (3) SEKOLAH BERPRESTARI TINGGI KPM

'PROGRAM PERKONGSIAN PINTAR' anjuran Unit Kluster SK Bagan Jermal telah dijalankan di SK Kubang Kerian (3), Kota Bharu, Kelantan. Hampir kesemua guru dan staff yang hadir ke Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) Kementerian Pendidikan Malaysia pada 10 September 2018. Pelbagai informasi terkini yang dapat dikongsi dari segi pentadbiran (akademik), hal ehwal murid dan kokurikulum hasil daripada program tersebut.

Bertunjangkan nilai-nilai sekolah yang diterapkan kepada warga SK Kubang Kerian (3) iaitu SMART, SENYUM, SALAM, SOPAN dan SAYANG sememangnya bertepatan dalam mencipta nama sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) pada tahun 2014. Banyak pencapaian yang telah mereka kecapi sama ada di peringkat negeri hingga peringkat antarabangsa. Diharapkan ikatan ukhwah antara warga SKBJ dengan SKKK3 sentiasa terpelihara pada masa akan datang. Insya Allah!!!