Wednesday, March 1, 2017

MAJLIS PERPISAHAN CIKGU SITI HAJAR BINTI ZAINUDDIN

Seluruh warga SK Bagan Jermal sekali lagi berasa 'kehilangan' seorang tenaga pengajar yang cukup berdedikasi dan berwibawa iaitu Cikgu Siti Hajar Binti Zainuddin kerana beliau telah dinaikkan pangkat sebagai GURU PENOLONG KANAN KO-KURIKULUM dan bertugas di SK St. Mark Butterworth pada 1 Februari 2017. Oleh itu, Unit Perkembangan Staf (UPS) SK Bagan Jermal telah mengadakan majlis perpisahan khas buat Cikgu Siti Hajar bukan sekadar meraikan malah mengenangkan kembali sumbangan beliau sepanjang 21 tahun berkhidmat di SK Bagan Jermal. Selamat Maju Jaya, Cikgu Siti Hajar!!!