BERSAMA MEMACU TRANSFORMASI SKBJ NO 1,CEMERLANG 2026

" # Togertherness Striving Tranformation SKBJ No 1,Excellence 2026 ".

KEJAYAAN SKBJ

Anugerah yang diperolehi guru dan murid SKBJ.

JOHAN BOLA SEPAK PERINGKAT DAERAH

Sekolah Kebangsaan Bagan Jermal menjadi Johan bola sepak peringkat daerah SPU.

SUKAN DAN OLAHRAGA

Kemuncak Acara Sukan dan Olahraga SKBJ.

KUMPULAN GAMELAN SEKOLAH

Persembahan sempena Pelancaran Bulan Kebangsaan Peringkat SPU.

PASUKAN BORIA SKBJ

Persembahan sempena Hari Terbuka di PPD SPU.

Ahad, 26 Februari 2017

Program 'Jom Ke Sekolah'

Dilancarkan pada 6 Februari 2017 bersamaan dengan Majlis Watikah Pelantikan Pengawas Sekolah juga di Dewan Gemilang SK Bagan Jermal. Program tersebut telah disempurnakan oleh Sub-Inspektor Halijah iaitu wakil dari Polis Diraja Malaysia (PDRM). Di samping itu pelancaran 'Peti Aduan Sekolah' juga disempurnakan oleh beliau.








Khamis, 23 Februari 2017

MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS SKBJ 2017

Majlis tersebut telah diadakan pada 6 Februari 2017 di Dewan Gemilang SK Bagan Jermal pada Perhimpunan Pagi Mingguan. Penyampaian watikah pelantikan para pengawas telah disempurnakan oleh Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Bagan Jermal, Encik Azhan Bin Ismail. Turut dihadiri iaitu Naib Yang Dipertua PIBG, Encik Rizal Bin Rahim dan AJK (Ibu Bapa), Encik Yusri.










Rabu, 15 Februari 2017

PROGRAM JAYA WARIS TAHUN 6 2017

Program tersebut dilaksanakan pada 4 Februari 2017, bertempat di Dewan Gemilang SK Bagan jermal. Program ini bertujuan untuk memastikan waris murid Tahun 6 mengetahui akan persediaan pihak sekolah melaksanakan pelbagai program sepanjang tahun ini di samping memantapkan persiapan murid Tahun 6 bagi menghadapi peperiksaan UPSR 2017. Seramai hampir 200 orang hadir ke program tersebut (kehadiran termasuk guru-guru, waris dan murid Tahun 6).