BERSAMA MEMACU TRANSFORMASI SKBJ NO 1,CEMERLANG 2026

" # Togertherness Striving Tranformation SKBJ No 1,Excellence 2026 ".

KEJAYAAN SKBJ

Anugerah yang diperolehi guru dan murid SKBJ.

JOHAN BOLA SEPAK PERINGKAT DAERAH

Sekolah Kebangsaan Bagan Jermal menjadi Johan bola sepak peringkat daerah SPU.

SUKAN DAN OLAHRAGA

Kemuncak Acara Sukan dan Olahraga SKBJ.

KUMPULAN GAMELAN SEKOLAH

Persembahan sempena Pelancaran Bulan Kebangsaan Peringkat SPU.

PASUKAN BORIA SKBJ

Persembahan sempena Hari Terbuka di PPD SPU.

Selasa, 28 Mac 2017

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-31 2017/2018

Mesyuarat tersebut diadakan pada 18 Mac 2017 bertempat di Dataran Gemilang, SK Bagan Jermal. Kehadiran waris murid dan guru pada mesyuarat tersebut hampir 80 orang. Pada mesyuarat kali ini, pihak sekolah telah menjemput Tuan Haji Abu Bakar Bin Shafie, Guru Bimbingan & Kaunseling Sepenuh Masa SK Teluk Air Tawar bagi menyampaikan ceramah yang bertajuk 'Smart Parenting'. Seterusnya, pemilihan Jawatan Kuasa PIBG pada tahun ini masih mengekalkan Tuan Haji Azhan dan Encik Rizal sebagai Yang diPertua dan Naib Yang diPertua PIBG SK Bagan Jermal manakala Setiausaha, Bendahari dan Ahli Jawatan Kuasa (Guru) telah digantikan dengan guru-guru baru. Berikut adalah gambar sepanjang mesyuarat tersebut berlangsung:-

















Isnin, 27 Mac 2017

KEJOHANAN MERENTAS DESA 2017

Kejohanan ini telah diadakan pada 11 Mac 2017 bertempat di Pantai Robina, Teluk Air Tawar. Kejohanan ini telah disertai oleh murid Tahun 4, 5 dan 6 termasuklah murid Pendidikan Khas. Di samping itu, aktiviti kemasyarakatan juga dilaksanakan iaitu mengutip dan mengumpul sampah di sekitar Pantai Robina selepas majlis penyampaian hadiah kepada pemenang kejohanan tersebut.