BERSAMA MEMACU TRANSFORMASI SKBJ NO 1,CEMERLANG 2026

" # Togertherness Striving Tranformation SKBJ No 1,Excellence 2026 ".

KEJAYAAN SKBJ

Anugerah yang diperolehi guru dan murid SKBJ.

JOHAN BOLA SEPAK PERINGKAT DAERAH

Sekolah Kebangsaan Bagan Jermal menjadi Johan bola sepak peringkat daerah SPU.

SUKAN DAN OLAHRAGA

Kemuncak Acara Sukan dan Olahraga SKBJ.

KUMPULAN GAMELAN SEKOLAH

Persembahan sempena Pelancaran Bulan Kebangsaan Peringkat SPU.

PASUKAN BORIA SKBJ

Persembahan sempena Hari Terbuka di PPD SPU.

Ahad, 6 September 2015

PENTADBIRAN



Fail Pengurusan Pentadbiran 2024 (PDF)



                         
Buku Panduan Pendekatan Bertema


                                       KPI SKBJ 2023-2024


                              Tiga Teras Utama Amalan Baik


       Pembentangan Amalan Terbaik Kejayaan Dan Projek Sekolah


ANUGERAH




 

LOGO SEKOLAH






PERISAI
 JATI DIRI.

PELITA MENYALA
ILMU MENERANGI KEHIDUPAN.

OBJEKTIF GEOMETRI  
KEPENTINGAN SAINS DAN TEKNOLOGI DALAM KEHIDUPAN. 

JARINGAN
MENAPIS UNSUR-UNSUR NEGATIF DALAM KEHIDUPAN  SEHARIAN.

WARNA BIRU
PERPADUAN / INTEGRASI KAUM.

WARNA PUTIH 
KESUCIAN HATI, PEMIKIRAN DAN PERSEKITARAN.

WARNA KUNING 
BERPAKSIKAN PERLEMBAGAAN NEGARA
 




Khamis, 13 Ogos 2015

PROGRAM KEMBARA SENI BAHASA - PROGRAM JARINGAN BERSAMA UNISZA , TRENGGANU

 

Pada 5 hingga 9 Ogos diadakan Program Kembara Seni Bahasa merupa Program Jalinan antara SK Bagan Jermal dengan Universiti Sultan Zainal Abidin , Trengganu .

1

Sabtu, 30 Mei 2015

BENGKEL TEKNIK MENJAWAB BM UPSR FASA 1

 

Diadakan pada 29 mei yang lalu . Dikendalikan sepenuhnya oleh Cikgu Sohairi bersama  Panitia BM & Kebitaraan Bahasa  dengan dibantu oleh guru-guru Tahun 6.

1

Isnin, 18 Mei 2015

BENGKEL DIGITAL STORY TELLING ANIMATION

Bengkel diadakan pada 11 hingga 14 Mei 2015 di BTPN Pulau Pinang . 3 orang murid tahun 5 telah mengikuti bengkel ini iaitu Adham Hakimi , Muhammad Ariff dan Muhammad Faiz Amir.

Alhamdulillah SKBJ berjaya mendapat tempat ketiga .

2

Selasa, 14 April 2015

MAHRAJAN SANAWI SEKOLAH-SEKOLAH (MASSAS) PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG

 

IMG-20150412-WA0044

Tahniah adik Muhammad Al Amin b. Mohd Nor  telah berjaya mendapat tempat ke-3 bagai acara Hafazan sekolah Rendah .Tahniah juga kepada Panitia Pendidikan Islam , Ustaz dan Ustazah yang telah membantu dan melatih adik Al Amin . MASSAS ini telah diadakan pada 11 April 2015 yang lalu .

Selasa, 31 Mac 2015

MAJLIS PERSARAAN PN. SALMIAH SUTAN

 

Majlis meraikan persaraan Pn. Salmiah diadakan pada hari rabu , 25 Mac 2015 . Pn. Salmiah telah bertugas di SKBJ hampir 21 tahun . Seorang guru yang penuh   sifat keibuan , mudah didekati dan disayangi oleh murid dan guru .Majlis meriah ini  diiringi dengan air mata . Selamat bersara Pn. Salmiah , doa kami semoga cikgu ceria , sihat  dan rahmat Allah  sentiasa menaungi perjalanan hidup cikgu .

1

Tahniah pada AJK UPS SKBJ … majlis lancar , meriah dan bermakna.

Untuk ALBUM ..Klik di Sini

Khamis, 12 Mac 2015

MINI SUKAN TAHUNAN

 

Mini Sukan Tahun SKBJ telah diadakan pada 7 Mac yang lalu . Murid-murid dibahagikan kepada 4 buah rumah sukan iaitu Tun Teja ( Merah) , Tun Perak (Biru) , Tun Sri Lanang ( Hijau) dan Tun Fatimah (Kuning).

Pada tahun 2015 , Rumah Tun Sri Lanang telah merangkul Juara Keseluruhan .

Tahniah … Tahniah ..

1

Untuk ALBUM gambar sepanjang program KLIK SINI

Khamis, 5 Mac 2015

PELANCARAN “PROGRAM MEMBACA BUDAYA KITA”

Pelancaran Program diadakan pada 2 Mac 2015 ketika perhimpunan rasmi sekolah. Pelancaran dirasmikan oleh Tuan Haji Kamaruzaman Salim , Guru Besar SK Bagan Jermal. Program ini adalah satu program di bawah Pusat Sumber Sekolah denngan dibantu oleh Panitia Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.  Program Membaca Budaya Kita adalah salah satu aktiviti yang bertujuan membudayakan amalan membaca di kalangan murid , guru dan warga sekolah  seterusnya sebagai pemangkin kepada Program NILAM .

1

 

ALBUM PROGRAM  KLIK SINI

Jumaat, 20 Februari 2015

BENGKEL INDIKATOR PRESTASI CALON UPSR (KELOMPOK R12)

Program dijalankan  2 hari pada 14 dan 15 Februari 2015 di Dewan Kirby IPG Tuanku Bainun , Bukit Mertajam . Program ini juga turut disertai oleh 3 buah sekolah Kelompok R12 iaitu SK Telok Air Tawar , SK Seri Gemilang dan SK Permatang Binjai .

1

Photo album sepanjang program Klik sini

Rabu, 18 Februari 2015

PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT BERSAMA KOMUNITI

13.02.2015  Usai Program Merentas Desa , diteruskan Program Khidmat Masyarakat bersama Komuniti di Pantai Taman Robina. Program ini melibatkan murid-murid dan guru iaitu  membersihkan dan mengutip sampah di  persekitaran taman tersebut . Program ini juga mendapat kerjasama dari pihak JPAM Butterworth dan MPSP .



2 

PHOTO ALBUM

Isnin, 16 Februari 2015

MERENTAS DESA 2015

Diadakan pada Jumaat 13 Februari yang lalu . Acara dijalankan di Pantai Taman Robina  , Teluk Air Tawar .


1 
Photo album sepanjang program  klik sini

Isnin, 2 Februari 2015

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

 

Sambutan peringkat sekolah diadakan pada hari jumaay  23 Januari yang lalu. Majlis dimulakan dengan bacaan yasin bersama di Dewan Gemilang . Diikuti dengan  perarakan menggelilingi Kampung Bagan Jermal. Peraraka ini disertai oleh semua murid dan guru. Turut  memeriahkan lagi pearakan ini apabila ibu bapa dan waris juga turut menyertainya .

Usai rehat murid , majlis diteruskan dengan  ceramah “ Cintai Rasulullah “ oleh Ustaz Manis. Penyampaian yang menarik diselangi dengan nasyid-nasyid memuji Rasulullah mendapat perhatian sepenuhnya murid dan guru serta ibubapa yang hadir. .

Tahniah Panitia Agama Islam SKBJ.

1

ALBUM PROGRAM KLIK SINI

Jumaat, 30 Januari 2015

PROGRAM JOM BIMBING SOLAT

1

Majlis dirasmi dan dilancarkan oleh Tuan Guru Besar Tuan Haji Kamaruzaman b. Salim pada hari Rabu 28 Januari yang lalu.

Isnin, 26 Januari 2015

Rabu, 21 Januari 2015

PERHIMPUNAN PERTAMA 2015

 

 

1

Perhimpunan rasmi pertama diadakan pada 19hb Januari. Tema minggu ini ialah “ Disiplin Diri dan Kebersihan Sekolah Tanggungjawab Bersama” , tajuk berkenaan telah kupas oleh Ketua Guru Mingguan Pn. Julina .  Sementara Panitia Agama mengadakan persembahan tentang huruf-huruf jawi.

Tuan Guru Besar di dalam ucapan pertamanya menekankan tentang disiplin murid , ketepatan masa dan juga amalan BIS (Bersih , Ilmu dan Sopan )yang menjadi amalan warga SKBJ.

Isnin, 19 Januari 2015

BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN 2015

Majlis penyerahan dilakukan pada hari Rabu 14.01.2015.

1

Khamis, 1 Januari 2015

SELAMAT TAHUN BARU 2015

new-year-2015-quotes