BERSAMA MEMACU TRANSFORMASI SKBJ NO 1,CEMERLANG 2026

" # Togertherness Striving Tranformation SKBJ No 1,Excellence 2026 ".

KEJAYAAN SKBJ

Anugerah yang diperolehi guru dan murid SKBJ.

JOHAN BOLA SEPAK PERINGKAT DAERAH

Sekolah Kebangsaan Bagan Jermal menjadi Johan bola sepak peringkat daerah SPU.

SUKAN DAN OLAHRAGA

Kemuncak Acara Sukan dan Olahraga SKBJ.

KUMPULAN GAMELAN SEKOLAH

Persembahan sempena Pelancaran Bulan Kebangsaan Peringkat SPU.

PASUKAN BORIA SKBJ

Persembahan sempena Hari Terbuka di PPD SPU.

Khamis, 28 Februari 2013

SAMBUTAN MAULIDURRASUL PERINGKAT SEKOLAH

Jumaat ,  8 Februari 2013

SKBJ telah mengadakan Sambutan Maulidurrasul Peringkat Sekolah di bawah kelolaan Panitia Pendidikan Agama Islam & Bahasa Arab. Sementara murid-murid bukan Islam disediakan program dibawah seliaan Panitia Pendidikan Moral.

Murid-murid , guru-guru dan ibubapa serta waris segak berbaju melayu dan kurung  berkumpul di padang sekolah pada awal pagi  dan sama-sama berarak sambil mengalunkan selawat ke atas Rasulullah s.a.w . berjalan mengelilingi Kampung Bagan Jermal dan taman-taman perumahan berhampiran.

maulidurrasul1

Selepas tamat perarakan . Diadakan ceramah Maulidurrasul  yang bertajuk “ Rasulullah Qudwah Hasanah dan Solat Rasulullah” yang disampaikan oleh Yang Berbahagia Ust Alrizuady b. Abd. Rahman Penolong Pengarah Dakwah JPNPP.

Selepas itu diikuti pertandingan kuiz untuk murid Tahap 2 ,  Sementara Murid-murid Pra Sekolah dan Tahap 1 diadakan pertandingan mewarna “ Kami Cinta Rasulullah”.

mrasul2

Isnin, 18 Februari 2013

PELANCARAN MODUL BORIA KOLEJ KOMUNITI DI KOMPLEK KOMERSIAL TASIK GELUGOR

 

16 Februari  2013

Pasukan Boria , Lestari Budaya SKBJ dijemput membuat persembahan boria bagi kategori Persembahan Boria Kanak-kanak dalam majlis yang telah disempurnakan perasmiannya oleh YB Tan Sri Nor Mohamed Yakcop , Menteri Kewangan kedua yang juga Ahli Parlimen Tasik Gelugor.

kursus boria komuniti

kursus boria komuniti1

Tahniah dan terima kasih kepada Jawatankuasa Lestari Budaya , Guru-guru , ibubapa , murid-murid  dan semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung  .

Khamis, 14 Februari 2013

PENYAMPAIAN BANTUAN RAKYAT 1M (BR1M)

 

photo

Gambar sepanjang majlis .

br1m