BERSAMA MEMACU TRANSFORMASI SKBJ NO 1,CEMERLANG 2026

" # Togertherness Striving Tranformation SKBJ No 1,Excellence 2026 ".

KEJAYAAN SKBJ

Anugerah yang diperolehi guru dan murid SKBJ.

JOHAN BOLA SEPAK PERINGKAT DAERAH

Sekolah Kebangsaan Bagan Jermal menjadi Johan bola sepak peringkat daerah SPU.

SUKAN DAN OLAHRAGA

Kemuncak Acara Sukan dan Olahraga SKBJ.

KUMPULAN GAMELAN SEKOLAH

Persembahan sempena Pelancaran Bulan Kebangsaan Peringkat SPU.

PASUKAN BORIA SKBJ

Persembahan sempena Hari Terbuka di PPD SPU.

Rabu, 13 November 2013

HARI ANUGERAH CEMERLANG 2013

 

Majlis Anugerah Cemerlang ini diadakan pada Hari Jumaat 8 Novembar lepas. Majlis yang meraikan pelajar yang berjaya mencapai kejayaan ini dirasmikan oleh YDP PIBG SKBJ En. Azhan .

1

Selasa, 12 November 2013

ANUGERAH KECEMERLANGAN KOKURIKULUM PERINGKAT KEBANGSAAN 2013

 

SKBJ berjaya mencapai satu lagi kejayaan gemilang di penghujung tahun 2013 ini apabila berjaya mendapat tempat Ke-2 Pasukan Unit Beruniform Terbaik peringkat Kebangsaan .  Majlis Anugerah diadakan di Dewan Wawasan , Kangar Perlis pada 7 Nov 2013.  Anugerah telah disampai oleh Ke Bawah Duli Yang Mulia Raja Muda Perlis.

1

TAHNIAH SKBJ …..

Rabu, 9 Oktober 2013

PKSR 2 2013

Peperiksaan berlangsung dari 8 oktober hingga 11 oktober . Selamat maju jaya .

 

cats

Isnin, 7 Oktober 2013

JADUAL PEPERIKSAAN AKHIR / IPSP 2 2013

 

 

ipsp2 2013

Rabu, 25 September 2013

PROGRAM SELEPAS UPSR

 

Sebahagian Program untuk Tahun 6 selepas UPSR yang dijalankan sepanjang minggu ini .

 

17 septembar 2013

cats

Taklimat Sekolah Menengah Vokasional (Pendidikan asas vokasional) bersama  Unit Bimbingan & Kaunseling .

 

23 Septembar 2013

1

Program awal remaja perempuan kolaborasi bersama Intimate khusus untuk murid perempuan tahun 4 . 5 dan 6.

1

Program awal remaja Panitia Agama Islam Dari lelaki Untuk Lelaki .

cats

Persoalan  Haid dan Nifas .

Sabtu, 21 September 2013

PROGRAM SELEPAS UPSR – SENAM ROBIK

 

Jumaat , 20 Septembar 2013

1

Program Senam-Robik Kolaborasi bersama guru-guru Pelatih IPDA.

Jumaat, 20 September 2013

SELAMAT DATANG EN. MARZHUKI B. RAMLI

MARZHUKI

Selamat Datang En. Marzhuki b. Ramli  ,  Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SK Bagan Jermal  . sebelum berpindah ke sini , beliau adalah PK Kokurikulum SK Minden Height , Pulau Pinang. En. Marzhuki mula bertugas di sekolah ini pada  17.9.2013 .

KEM MUZIK ANGKLUNG PERINGKAT KEBANGSAAN 2013

 

Kem ini adalah anjuran Kebitaraan Angklung Sk Sultan Idris II , Sekolah Kluster Kecemerlangan  , Kuala Kangsar , Perak Darul Ridzuan pada 13- 15 Septembar 2013 .  Sebanyak 8 buah sekolah yang terlibat yang terdiri dari 4 buah  sekolah SKK dan 4 buah sekolah harian sekitar Kuala Kangsar.

SK Bagan Jermal telah menghantar 10 orang perserta yang terdiri dari murid tahun 6 dan seorang guru pengiring iaitu Ketua Kebitaraan Lestari Budaya  En. Noramin b. Adnan.

cats

Sepanjang kem , peserta didedahkan dengan bengkel dan amalan bermain/penggunaan angklung . Peserta turut dibawa melawat ke tempat pembuatan labu sayong , di daerah Sayong , Kuala Kangsar.

 

Terima kasih kepada Jawatankuasa Penganjur Kem SK Sultan Idris II , Kuala Kangsar atas jemputan dan layanan sepanjang kem tersebut.

Isnin, 9 September 2013

SELAMAT MENJALANI PEPERIKSAAN UPSR 2013

 

Selamat berjuang  dalam peperiksaan UPSR kepada semua pelajar Tahun 6 SKBJ yang akan bermula esok.

untuk jadual UPSR 2013 …klik JADUAL UPSR 2013

Selasa, 3 September 2013

MOTIVASI BERSAMA PPDSPU

Isnin , 2 September 2013

Program Bersama bersama PPDSPU dikendalikan oleh En. Nazari b. Bahari , Ketua Unit Akademik PPDSPU.

Sasaran adalah murid-murid yang bakal menduduki UPSR . Motivasi yang membuka minda dan memberi semangat buat anak-anak SKBJ yang kini berada di pecutan terakhir sebelum UPSR sebenar minggu depan.

1

Rabu, 28 Ogos 2013

KUIZ KEMERDEKAAN

Kuiz Kemerdekaan sempena Sambutan Kemerdekaan ke 56 sedang berlangsung. Semua murid dan guru digalakkan menyertainya. Borang penyertaan boleh dapatkan dari Guru Perpustakaan & Media Pn. Rosnani Mat. Tarikh tutup penyertaan ialah jam 11.00 pagi , hari jumaat 30.8.2013.

Syarat dan soalan boleh diperolehi di Papan Kenyataan Pentas .

DSC_0276

Selasa, 30 Julai 2013

MAJLIS BERBUKA PUASA UPS SKBJ

 

Majlis Berbuka Puasa anjuran Unit Perkembangan Staff dan Panitia Agama Islam diadakan pada 25 Julai 2013.

Persiapan memasak dilakukansecara gotong royong  pada waktu pagi oleh guru-guru dan staff mengikut giliran dan kelapangan waktu P&P memandangkan kelas pembelajaran berjalan seperti biasa.  

1

Gotong royong memasak bermula pada pukul 3.00 petang diketuai oleh Tuan Guru Besar dengan dibantu oleh guru-guru.

Alhamdulilah majlis berbuka puasa ini mendapat sambutan dari semua guru dan staff. Ia merupakan salah satu aktiviti UPS dalam mengeratkan hubungan silaturahim sesama guru dan staff. Jemputan terdiri dari semua ahli keluarga guru dan staff SKBJ.

Majlis berbuka puasa bermula dengan bacaan doa dikuti dengan jamuan ringan dan Solat maghrib berjemaah. Usai solat , tetamu menikmati jamuan nasi bersama kari ayam , kalio buncis , sup ayam , jelatah , ikan kering , ulaman dan sambal belacan.

Majlis diteruskan dengan solat isyak berjamah dan solat terawih.

Selesai solat . Tetamu dihidangkan dengan jamuan bubur kacang durian bersama roti benggali .

2

Semoga aktiviti sebegini dapat diteruskan lagi pada tahun-tahun akan datang .

SUMBANGAN & MEMBELI PAKAIAN RAYA UNTUK ANAK-ANAK YATIM DAN PELAJAR YANG TERPILIH

 

Projek ini merupakan salah satu daripada inisiatif pihak sekolah dengan bantuan dan kerjasama Panitia Agama dan juga adalah salah satu program yang dirancang dibawah Program Ihya Ramadan bagi membantu pelajar-pelajar yang terdiri dari anak-anak yatim dan juga pelajar-pelajar yang dari keluarga yang memerlukan. Dengan ini , diharap sedikit sebanyak dapat membantu meringankan bebanan ibu bapa dan keluarga yang terpilih dan meraikan hari raya aidil fitri dengan gembira dan meriah.

Projek ini mendapat sokongan dan sumbangan dari orang perseorangan , guru-guru , syarikat-syarikat dan beberapa pihak lain lagi.

Pada 23 Julai 2013 , pelajar-pelajar ini dengan bantuan guru-guru telah membawa pelajar-pelajar ini membeli pakaian raya di Jakel Alamoda Sungai Petani . Alhamdulillah , pihak Jakel turut menyumbangkan duit raya dan juga memberi potongan sebanyak  50%  dari setiap pembelian baju raya untuk anak-anak ini. Pelajar-pelajar juga turut dibelikan kasut dan jam tangan . Jelas terlihat riak kegembiraan di wajah-wajah mereka.

1

2

Tahniah … dan Selamat Hari Raya Aidil Fitri , Maaf Zahir dan Batin .

Rabu, 24 Julai 2013

JAMUAN MERAIKAN PUTERA DERAP JUARA

9 Julai yang lalu. Satu jamuan kesyukuran diadakan di Restoran KFC Kepala Batas bagi meraikan kejayaan putera-putera Derap Juara dalam pertandingan kawad kaki .

Pasukan ini telah mencapaikan kejayaan yang amat gemilang bagi tahun 2013 ini. Antaranya :-

1. Johan dan Ketua Paltun Terbaik dalam Pertandingan Kawad Kaki Unit Beruniform Peringkat Daerah SP Utara , Pulau Pinang .

2. Johan dan Ketua Platun Terbaik dalam Pertandingan Kawad Kaki Unit Beruniform Peringkat Negeri Pulau Pinang 2013

3. Johan dan ketua Platun terbaik dalam Pertandingan Kawad Kaki Badan Beruniform Sekolah-sekolah Kluster Kecemerlangan dan SBT Peringkat kebangsaan 2013

4. Johan dan ketua Platun terbaik dalam Pertandingan Kawad Kaki Badan Beruniform Sekolah-sekolah Peringkat kebangsaaan (Zon Utara) 2013

 

1

PERTANDINGAN KAWAD KAKI PERINGKAT KEBANGSAAN (ZON UTARA)

 

 

6 Julai 2013 di Pusat Kokurikulum Bukit Mertaja , Pulau Pinang .

Tahniah kepada Pasukan Derap Juara Pengakap SKBJ. Sekali lagi menjulang kejayaan dengan menjadi Johan Pertandingan kawad Kaki Badan Beruniform Peringkat Kebangsaan (Zon Utara). Tahniah juga kepada adik Aziman Afiq kerana dianugerahkan sebagai Ketua Platun Terbaik dalam Pertandingan ini.

kebangsaan 2013 009

image

Jumaat, 5 Julai 2013

PELANCARAN IHYA RAMADAN & TABUNG SINAR RAMADAN

 

Menjelang ramadan yang bakal tiba minggu depan. Dengan rasminya pada hari ini 5hb Julai 2013 Pihak Panitia Agama Islam telah mengadakan PELANCARAN IHYA RAMADAN & TABUNG SINAR RAMADAN yang telah disempurnakan oleh Tuan Hj Kamaruzaman b. Salaim , Guru Besar SKBJ .

Ihya' Ramadan

Majlis pagi dimulakan dengan Majlis Bacaan Yasin . Diikuti dengan Pelancaran program oleh Tuan Guru Besar. Selepas rehat , murid-muird tahap 1 menyertai pertandingan mewarna dan menulis Khat . Sementara , murid-murid Tahap 2 berada di Tapak Perhimpunan bagi Simulasi dan tunjukcara Sembahyang Tarawih oleh Ustaz Ruzaidin.

1

Tahniah Panitia Agama. Pihak Admin akan memuat naikkan … Program sepanjang ramadan ini pada minggu hadapan. Harap Maklum .

Khamis, 4 Julai 2013

SKIM INSURAN MURID SEKOLAH S.P.A.D

 

K1DS

 

•Menerusi Pengumuman Bajet 2013, YAB Perdana Menteri mengumumkan bahawa Kerajaan berhasrat untuk menyediakan Skim Perlindungan Insuran kepada kesemua murid sekolah yang menaiki bas sekolah berlesen & berdaftar dengan S.P.A.D. (Semenanjung) dan LPKP (Sabah & Sarawak)

•Demi menjaga keselamatan pelajar sekolah dan mengurangkan beban pengusaha bas sekolah, S.P.A.D. akan menerajui dan melaksana inisiatif ini

•Perlindungan insurans kepada semua murid-murid sekolah yang menggunakan bas sekolah berdaftar/berlesen dengan S.P.A.D/LPKP

•Tujuan utama inisiatif:

•Melumpuhkan perkhidmatan bas-bas sekolah haram

•Menggalakkan penggunaan bas-bas sekolah yang berlesen

•Melindungi murid-murid sekolah yang berdepan dengan perkara yang tidak diingini.

 

Maklumat Lanjut boleh dilayari DI SINI

Rabu, 3 Julai 2013

MAHRAJAN JQAF 2013

Diadakan pada 28 Jun 2013 dengan motto “ Mencari Generasi Al-Quran Di Masa Hadapan”

1

Rabu, 19 Jun 2013

PENYAMPAIAN HADIAH PERTANDINGAN KAWAD KAKI PERINGKAT KEBANGSAAN SEKOLAH-SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN & SBT 2013

 

Majlis penyampaian hadiah dan meraikan kejayaan putera-putera Derab Juara SKBJ telah diadakan dalam perhimpunan rasmi mingguan pada 16.6.2013.

Majlis disempurnakan oleh GPK Kokurikulum En. Ghazali Abd Hamid

1

Khamis, 13 Jun 2013

PERTANDINGAN KAWAD KAKI BADAN BERUNIFORM SKK & SBT PERINGKAT KEBANGSAAN 2013

 

Pertandingan berlangsung dari 3 hingga 5 Jun 2013 bertempat Di dataran Kawad Universiti Sains Malaysia Pulau  Pinang. Ini merupakan salah satu daripada aktiviti yang dijalankan di bawah Kebitaraan Derap Juara SKBJ.

Sebanyak 8 buah sekolah telah menyertai pertandingan ini .

sekolah-sekolah tersebut ialah :-

1. SK Taman Tun Dr Ismail 1 , selangor

2. SK Sultan Idris II , Perak

3. SK Tengku Ampuan Intan , Trengganu

4. SK Suktan Ahmad Tajuddin , Kedah

5. SK. Bertam Indah , P.Pinang

6. SK Su ngai  Dua , Pulau Pinang

7.  SK. Sg Acheh Pulau Pinang

8. SK Bagan Jermal Pulau Pinang.

sebelum

Persiapan Dataran Kawad . Mendapat kerjasam yang padu dari semua guru dan staff SKBJ dan turut dibantu oleh pihak USM.

Para kontingen melaporkan diri di Asrama SMKA Almashoor Lelaki , Air Itam pada 3 Jun 2013

semasa

Latihan penyesuaian litar dilakukan pada 4 Jun 2013.

Pertandingan sebenar dijalan pada 5 Jun 2013 tepat pada jam 8.30 pagi. Ia bermula dengan pemeriksaan pakaian .  Pertandingan  diadili oleh Pegawai Polis dari PULAPOL , PALAPES USM , JPAM dan Hakim Kawad Kaki Negeri Pulau Pinang .

hadiah 

Sekali lagi SKBJ mengondol piala kejuaraan dalam pertandinagn ini.

Kedudukan tempat :-

JOHAN – SK BAGAN JERMAL , PULAU PINANG

NAIB JOHAN – SK SG ACHEH , PULAU PINANG

TEMPAT KE 3 – SK TENGKU AMPUAN INTAN , TRENGGANU

 

Hadiah disampaikan oleh Pengarah Pendidikan Negeri Pulau Pinang Tn. Hj. Ahmad Tarmizi bin Kamaruddin.

 

TAHNIAH Kebitaraan Derap Juara , TAHNIAH kepada Cik Siti Hajar Zainuddin Ketua Kebitaraan bersama AJK Kebitaraan . Terima kasih semua.

Khamis, 16 Mei 2013

SELAMAT HARI GURU

 

GURU MALAYSIA 1 ASPIRASI 1 AGENDA

Isnin, 13 Mei 2013

PERTANDINGAN KAWAD KAKI

 

DERAP JUARA

Isnin, 6 Mei 2013

JADUAL PKSR 1 / IPSP 2013

 

PKSR1 2013

Khamis, 25 April 2013

SKBJ KEKALKAN KEJUARAAN

 

14.4.2013 Pasukan Kawad Kaki SKBJ berjaya mengekalkan kejuaraan Kawad kaki Peringkat Daerah seberang Perai Utara. Pertandingan kali ini dijalankan di Padang Kawad Sekolah Menengah Sains , Kepala Batas .

Majlis Penyampaian hadiah telah diadakan di dalam perhimpunan rasmi sekolah  hari isnin yang lalu.

KAWAD KAKI1

KAAD KAKI2

Tahniah kepada Pasukan Derap Juara  dan semua guru yang terlibat. Setinggi-tinggi tahniah kepada Ketua Jurulatih Cik Siti Hajar Zainuddin dan juga Guru-guru pelatih yang banyak membantu.

TAHNIAH … TAHNIAH ….

DARI PUNCAK KE ANGKASA ….

Rabu, 24 April 2013

NASYID SKBJ– JOHAN PERINGKAT DAERAH

 

17.3.2013 Pasukan nasyid sekolah kerana telah merangkul gelaran Johan di pertandingan Nasyid peringkat Daerah .Kumpulan nasyid ini dibawah pimpinan Ustazah Nashirah , Cikgu Noramin , guru-guru  panitia Agama Islam turut dibantu oleh  beberapa orang guru pelatih .

TAHNIAH … TAHNIAH …

DSCN6658

Khamis, 11 April 2013

MESYUARAT J/K KERJA SEMINAR ANTARABANGSA KEPIMPINAN SEKOLAH-SEKOLAH KLUSTER KALI PERTAMA 2013

 

9 April 2013 bertempat di Bilik Persidangan SKBJ  berlangsung Mesyuarat J/K Kerja Seminar Antarabangsa Kepimpinan Sekolah-sekolah Kluster Kali Pertama 2013 yang dihadiri oleh Guru-guru Besar Sekolah Kluster Zon Utara. Mesyuarat dipengerusikan oleh Tn. Hj Kamaruzaman Salim , Guru Besar SK Bagan Jermal selaku tuan rumah .

mesyuarat guru besar kluster

DSC_0635

Rabu, 10 April 2013

SELAMAT HARI LAHIR

 

Selamat hari Lahir pada guru dan staff yang lahir pada bulan bulan April …

DSC_1533

Selamat hari Lahir juga khas pada Tuan Haji Kamaruzaman Salim , Guru Besar Cemerlang SKBJ ..

DSC_1529

Jumaat, 22 Mac 2013

PROGRAM MOTIVASI LINUS & PEMULIHAN

 

Diadakan pada 8 Mac 2013 . Program ini yang dilaksanakan merupakan kolobrasi antara Jawatankuasa Pemulihan  /  LINUS dengan Unit Bimbingan dan Kaunseling . Ia turut dibantu oleh Guru-guru Praktikum .

Program ini melibatkan semua murid-murid LINUS dan Pemulihan dari Tahun 2 dan 3 .

MOTIVASI LINUS

Rabu, 20 Mac 2013

SARAPAN BERSAMA GURU BESAR

Majlis ini diadakan sebagai meraikan pelajar-pelajar Tahun 6 yang cemerlang  dalam ujian UPSR.

Majlis yang diadakan pada isnin lepas 18.03.2013 dinilai  berdasarkan UPTP 1 yang lalu.

Seramai 12 orang pelajar cemerlang diraikan dalam majlis ini iaitu :-

1. Leenasri a/p Rajendran    - 5A

2. Nurul Syafiqah bt Abd Razak – 4A1B

3. Muhammad Ayyub b. Shahrim – 4A1B

4. Amelia Raihana bt Azhan – 4A1B

5. Siti Aisyah Munirah bt Zulkifli – 4A1B

6. Nurul Syazwina bt Abd Rahim – 3A2B

7. Nur Athirah Syifaa bt Mohd Yusri –3A2B

8. Ahmad Adam b. Azmi – 3A2B

9. Nur Sarah bt. Mohamad Subki – 3A2B

10. Iman Ayuni bt Mohd Sahurin – 3A2B

11. Siti Nadiah Qistina bt. Shaik Nazir – 3A2B

12. Faezz Daniel b. Rosbainalizam – 3A2B

SARAPAN GB 190313

Pelajar-pelajar ini diraikan oleh Guru Besar , Guru Penolong Kanan dan guru-guru mata pelajaran Tahun 6 .

TAHNIAH!!!!!!! TAHNIAH … dan TAHNIAH….

Selasa, 19 Mac 2013

HAPPY BIRTHDAY TO YOU …..

 

Sambutan Hari lahir untuk guru-guru yang lahir dalam bulan Februari dan Mac diadakan semalam 18 Mac 2013 di dalam Perhimpunan rasmi sekolah. .

Selamat Hari Lahir semua …

biirthday feb mac

Isnin, 18 Mac 2013

ANUGERAH PEMAKAIAN LENCANA 5A

 

Lencana kali ini dianugerahkan berdasarkan Ujian UPTP 1 2013.

Majlis Penganugerahkan ini disempurnakan  di dalam Perhimpunan Rasmi mingguan  pada 18 Mac 2013.

Tahniah Leenasri a/p Rajendran dari Kelas 6 Elit .

lenashri

Semoga ia menjadi pembakar semangat kepada rakan-rakan Tahun 6 yang lain.

Selasa, 12 Mac 2013

UJIAN PENILAIAN 1

 

up1

Jumaat, 8 Mac 2013

SELAMAT HARI LAHIR …

 

SELAMAT HARI LAHIR pada  guru-guru yang menyambut hari lahir pada bulan Januari dan Februari.

Dipanjangkan usia , dimurahkan rezeki , diberikan kekuatan dan ketabahan bagi terus  mendidik anak-anak bangsa . In Sya Allah. Barakallahu Fi Lakum …

Majlis ringkas yang diadakan semasa perhimpunan rasmi hari isnin awam Februari lalu  anjuran UPS SKBJ ….Dimulakan dengan  bacaan doa buat insan terpilih  , penyampaian kad ucapan oleh Tuan Guru Besar  dan memotong pulut kuning.

birthday feb

Khamis, 28 Februari 2013

SAMBUTAN MAULIDURRASUL PERINGKAT SEKOLAH

Jumaat ,  8 Februari 2013

SKBJ telah mengadakan Sambutan Maulidurrasul Peringkat Sekolah di bawah kelolaan Panitia Pendidikan Agama Islam & Bahasa Arab. Sementara murid-murid bukan Islam disediakan program dibawah seliaan Panitia Pendidikan Moral.

Murid-murid , guru-guru dan ibubapa serta waris segak berbaju melayu dan kurung  berkumpul di padang sekolah pada awal pagi  dan sama-sama berarak sambil mengalunkan selawat ke atas Rasulullah s.a.w . berjalan mengelilingi Kampung Bagan Jermal dan taman-taman perumahan berhampiran.

maulidurrasul1

Selepas tamat perarakan . Diadakan ceramah Maulidurrasul  yang bertajuk “ Rasulullah Qudwah Hasanah dan Solat Rasulullah” yang disampaikan oleh Yang Berbahagia Ust Alrizuady b. Abd. Rahman Penolong Pengarah Dakwah JPNPP.

Selepas itu diikuti pertandingan kuiz untuk murid Tahap 2 ,  Sementara Murid-murid Pra Sekolah dan Tahap 1 diadakan pertandingan mewarna “ Kami Cinta Rasulullah”.

mrasul2

Isnin, 18 Februari 2013

PELANCARAN MODUL BORIA KOLEJ KOMUNITI DI KOMPLEK KOMERSIAL TASIK GELUGOR

 

16 Februari  2013

Pasukan Boria , Lestari Budaya SKBJ dijemput membuat persembahan boria bagi kategori Persembahan Boria Kanak-kanak dalam majlis yang telah disempurnakan perasmiannya oleh YB Tan Sri Nor Mohamed Yakcop , Menteri Kewangan kedua yang juga Ahli Parlimen Tasik Gelugor.

kursus boria komuniti

kursus boria komuniti1

Tahniah dan terima kasih kepada Jawatankuasa Lestari Budaya , Guru-guru , ibubapa , murid-murid  dan semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung  .

Khamis, 14 Februari 2013

PENYAMPAIAN BANTUAN RAKYAT 1M (BR1M)

 

photo

Gambar sepanjang majlis .

br1m