Monday, February 7, 2011

PERATURAN BARU

 

Mulai 7 Februari 2011 …..  semua kenderaan ibubapa tidak dibenarkan masuk ke kawasan sekolah pada waktu pagi dan pulang sekolah. Ini bagi mengelakkan kesesakan yang sering berlaku di kawasan letak kereta sekolah. Peraturan ini dikecualikan  kepada beberapa golongan. Ibubapa boleh merujuk surat pekeliling yang telah diedarkan kepada murid baru-baru ini. walau bagaimana pun , ibubapa boleh masuk ke kawasan sekolah jika ada urusan  selain dari waktu yang disebutkan di atas.

Diharap ia tidak menimbulkan kesulitan dan memahami keadaan sekolah , ini sebagai satu langkah keselamatan  bagi menggelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini .

Sokongan dari ibubapa dan penjaga amat-amat dihargai oleh pihak sekolah demi kebaikan untuk semua pihak.

 

SEBARANG PERTANYAAN DAN CADANGAN … BOLEH BERHUBUNG DENGAN PIHAK SEKOLAH DI TALIAN 04-3321863