BERSAMA MEMACU TRANSFORMASI SKBJ NO 1,CEMERLANG 2026

" # Togertherness Striving Tranformation SKBJ No 1,Excellence 2026 ".

KEJAYAAN SKBJ

Anugerah yang diperolehi guru dan murid SKBJ.

JOHAN BOLA SEPAK PERINGKAT DAERAH

Sekolah Kebangsaan Bagan Jermal menjadi Johan bola sepak peringkat daerah SPU.

SUKAN DAN OLAHRAGA

Kemuncak Acara Sukan dan Olahraga SKBJ.

KUMPULAN GAMELAN SEKOLAH

Persembahan sempena Pelancaran Bulan Kebangsaan Peringkat SPU.

PASUKAN BORIA SKBJ

Persembahan sempena Hari Terbuka di PPD SPU.

Isnin, 25 April 2011

PERTANDINGAN KAWAD KAKI PERINGKAT DAERAH PPD UTARA , SEBERANG PERAI

 

Pertandingan kawad kaki unit beruniform sekolah rendah dan sekolah menengah telah diadakan pada 12 April 2011di SMK Kampung Selamat. Sk Bagan Jermal telah berjaya menjadi Johan kategori lelaki sekolah rendah dan adik Danial Asri telh dianugerahkan  Ketua platun terbaik lelaki sekolah rendah.

TAHNIAH DERAP JUARA SK BAGAN JERMAL .

DSC01487 DSC01498

Tepat …segak …dan bergaya . Mendapat tepukan gemuruh dari semua yang menonton .

 DSC01533 DSC01535

Adik Danial Asri bersama trofi kemenangan.               Bersama GB dan ibubapa yang datang memberi sokongan.

Khamis, 24 Mac 2011

PENUNDAAN TARIKH UJIAN UP2

Berhubung dengan perkara di atas , Pihak sekolah terpaksa menunda tarikh UP2 yang dijadualkan pada 29 mac hingga 31 Mac ke tarikh yang akan diberitahu kelak atas beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan

Rabu, 9 Februari 2011

SELAMAT DATANG DAN SELAMAT BERTUGAS

 

Isnin … 7 Februari SKBJ telah menerima Penolong Kanan Pentadbiran yang baru mengantikan En. Rosli b. Hashim yang telah dinaikkan pangkat sebagai Guru Besar di SK Gelugor.

Penolong Kanan 1 yang baru   ialah Encik Mohd Idris b Othman dari  SK Kuala Prai .

P1030372

Ucapan pertama En. Mohd Idris di hadapan semua warga SKBJ pada hari isnin yang lalu.

P1030369

Murid-murid memberi tumpuan kepada ucapan beliau .

Kepada En. Mohd idris  SELAMAT DATANG & SELAMAT BERTUGAS

Selasa, 8 Februari 2011

PENCARIAN PERMATA PINTAR 2011

 

Pencarian Bakat Pelajar Pintar Cerdas Saringan Peringkat Pertama Dalam Talian UKM1 ,Tahun 2011.
Terbuka kepada semua Pelajar berusia 8 - 15 tahun dan mereka yang berminat menyertai;

  • Perkhemahan Cuti Sekolah PERMATApintar Negara 2011 (pelajar 9-15 tahun: di UKM)
  • Perkhemahan PERMATA Insan 2011 (Pelajar Islam 8 tahun : di USIM)
  • Program Pendidikan Menengah Tinggi PERMATApintar Sesi 2012 (15 tahun sahaja)

Ujian UKM1 boleh diambil di sekolah,rumah,kafe siber dan pusat komuniti berinternet.
Pendaftaran Ujian   : Mulai 2 Januari 2011
URL Untuk Daftar  : http://www.permatapintar.edu.my
a) Pelajar baru : masukkan Mykad / Mykid,maklumat pelajar,sekolah & ibu / bapa / penjaga
b) Pelajar lama : kemaskini Mykad / Mykid,maklumat pelajar,sekolah & ibu / bapa / penjaga
Tarikh dan Tempoh Ujian : 1 Februari  - 30 April 2011
URL Untuk Ambil Ujian  : http://www.permatapintar.edu.my

 

Semua murid SK Bagan Jermal digalakkan untuk mengambil UJIAN UKM1 .

Sebarang Pertanyaan boleh diajukan kepada Guru Penyelaras Bestari .

Isnin, 7 Februari 2011

PERATURAN BARU

 

Mulai 7 Februari 2011 …..  semua kenderaan ibubapa tidak dibenarkan masuk ke kawasan sekolah pada waktu pagi dan pulang sekolah. Ini bagi mengelakkan kesesakan yang sering berlaku di kawasan letak kereta sekolah. Peraturan ini dikecualikan  kepada beberapa golongan. Ibubapa boleh merujuk surat pekeliling yang telah diedarkan kepada murid baru-baru ini. walau bagaimana pun , ibubapa boleh masuk ke kawasan sekolah jika ada urusan  selain dari waktu yang disebutkan di atas.

Diharap ia tidak menimbulkan kesulitan dan memahami keadaan sekolah , ini sebagai satu langkah keselamatan  bagi menggelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini .

Sokongan dari ibubapa dan penjaga amat-amat dihargai oleh pihak sekolah demi kebaikan untuk semua pihak.

 

SEBARANG PERTANYAAN DAN CADANGAN … BOLEH BERHUBUNG DENGAN PIHAK SEKOLAH DI TALIAN 04-3321863

Sabtu, 1 Januari 2011

ORENTASI TAHUN 1 DAN PRA

Tarikh     : 31 Disembar 2010

Tempat   : Dewan Gemilang

 

Orentasi ini melibatkan semua Murid Tahun 1 dan Pra sekolah. Alhamdulillah … kehadiran amat menggalakkan. Murid diberi penerangan tentang tatacara persekolahan dan dibawa melawat ke kawasan sekolah  sebagai pengenalan. Pada hari ini juga , ibubapa boleh membayar yuran persekolahan anak-anak.

P1020645

Taklimat oleh Penolong Kanan HEM  kepada ibubapa.

P1020626

Ibubapa Tahun 1 yang hadir .

P1020618

Ibubapa membayar yuran kepada guru kelas .

P1020671

Mesyuarat ibubapa murid  Pra sekolah di Bilik Persidangan..

P1020656

Pra sekolah Permata  ….

P1020687

Murid tahun 1

SELAMAT DATANG KE ALAM PERSEKOLAHAN  …