BERSAMA MEMACU TRANSFORMASI SKBJ NO 1,CEMERLANG 2026

" # Togertherness Striving Tranformation SKBJ No 1,Excellence 2026 ".

KEJAYAAN SKBJ

Anugerah yang diperolehi guru dan murid SKBJ.

JOHAN BOLA SEPAK PERINGKAT DAERAH

Sekolah Kebangsaan Bagan Jermal menjadi Johan bola sepak peringkat daerah SPU.

SUKAN DAN OLAHRAGA

Kemuncak Acara Sukan dan Olahraga SKBJ.

KUMPULAN GAMELAN SEKOLAH

Persembahan sempena Pelancaran Bulan Kebangsaan Peringkat SPU.

PASUKAN BORIA SKBJ

Persembahan sempena Hari Terbuka di PPD SPU.

Rabu, 18 Ogos 2010

PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN

Tarikh : 16 Ogos 2010

Tempat : Dataran Derap Juara SKBJ

Pelancaran Bulan Kemerdekaan telah dilancar dan disempurnakan oleh Puan Guru Besar Pn. Habibah Ahmad.  Di dalam ucapan perasmianya ,  beliau  mengharapkan semangat patriotisme dapat dipupuk di kalangan pelajar dan juga berharap para pelajar belajar menghayati dan menghargai erti kemerdekaan sebenar.

102_5991

Usai perasmian , “Bicara Kemerdekaan” oleh En. Rosli Hashim . Beliau mengimbau kembali detik-detik Tanah Melayu mahu mancapai kemerdekaan. Para pelajar kusyuk mendengar pengkisahan kemerdekaan walaupun cuaca agak panas.

102_6026

Diikuti dengan nyanyian lagu-lagu patriotik.

102_6010 102_6000

Pelbagai aktiviti telah dirancang sepanjang bulan kemerdekaan ini. Laporan seterusnya akan menyusul nanti.

Isnin, 16 Ogos 2010

MAJLIS BICARA AKADEMIK UPSR BERSAMA WARIS

Tarikh : 19 Julai 2010

Matlamat program ini adalah bagi mengadakan hubungan antara sekolah dan waris dalam meningkatkan prestasi akademik pelajar dalam keputusan UPSR bagi mencapai kejayaan yang lebih cemerlang untuk tahun 2010.

OBJEKTIF

1. Untuk memastikan murid-murid tahun 6 telah bersiap sedia menghadapi UPSR.

2. Untuk memastikan kecemerlangan UPSR berterusan .

3. Untuk mengeratkan dan meningkatkan hubungan antara sekolah dan waris dalam menjana kejayaan murid dan sekolah.

4. Mencari kaedah dan dapatan masalah-masalah yang timbul dalam akademik pelajar.

5. Memberi ruang kepada waris mendapat input yang lebih tepat dari pihak sekolah tentang pencapaian akademik pelajar-pelajar.

102_5784 Taklimat oleh Pn. Habibah Ahmad , Guru Besar SK Bagan Jermal.

IMG_3414Sebahagian ibubapa yang hadir.

Rabu, 4 Ogos 2010

SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN AL MUBARAK

2864173387_c9fea39093_o