BERSAMA MEMACU TRANSFORMASI SKBJ NO 1,CEMERLANG 2026

" # Togertherness Striving Tranformation SKBJ No 1,Excellence 2026 ".

KEJAYAAN SKBJ

Anugerah yang diperolehi guru dan murid SKBJ.

JOHAN BOLA SEPAK PERINGKAT DAERAH

Sekolah Kebangsaan Bagan Jermal menjadi Johan bola sepak peringkat daerah SPU.

SUKAN DAN OLAHRAGA

Kemuncak Acara Sukan dan Olahraga SKBJ.

KUMPULAN GAMELAN SEKOLAH

Persembahan sempena Pelancaran Bulan Kebangsaan Peringkat SPU.

PASUKAN BORIA SKBJ

Persembahan sempena Hari Terbuka di PPD SPU.

Rabu, 30 Jun 2010

PINTAR BATTLEBOT CHALLENGE

IMG_3373

Pintar BattleBot Challenge ini telah diadakan pada 23 Jun yang lepas. 

“Pintar Battlebot Challenge” ini adalah pertandingan robotik di mana para pelajar menggunakan krativiti dan kemahiran mereka dalam bidang sains , matematik dan teknologi  untuk mencipta dan membina robot terkuat  menggunakan teknologi LEGO. Tujuan pertandingan ini adalah untuk menggalakkan  pelajar menggunakan kreativiti  dan segala kemahiran yang mereka  ada untuk membina dan mengubahsuai robot  mereka menggunakan peralatan LEGO.Robot yang mampu meneruskan perlawanan tanpa sebarang masalah akan diistiharkan pemenang. Lebih dari 100 buah sekolah PINTAR mengambil bahagian  dalam pertandingan ini .

123

Robot Ciptaan adik farzanna dan Nor Amalia mendapat tempat pertama di dalam pertandingan ini.  

Rabu, 23 Jun 2010

TAHNIAH … SKBJ ….

Tahniah , kepada Pasukan Kawad Kaki SKBJ ! Pasukan Kawad Kaki telah berjaya merangkul tempat ketiga dalam Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Kebangsaan yang berlangsung di Danga Bay , Johor Bharu . Adik Muhd Iqbal juga berjaya mendapat tempat ketiga Ketua Platun Terbaik. TAHNIAH  ! TAHNIAH! ….

IMG_0318

21  3

 

IMG_0335   IMG_0341

 

TAHNIAH ……

Selasa, 8 Jun 2010

KEM KAWAD KAKI DI SMKA NIBONG TEBAL PENYERAHAN BENDERA KONTINGEN PULAU PINANG

Pasukan Kawad Kaki  Sekolah telah berjaya ke peringkat kebangsaan yang akan berlangsung di Danga Bay , Johor Bharu pada 9 Jun 2010 nanti. Sebagai persediaan ke sana , peserta diwajibkan hadir ke Kem Persediaan Kawad Kaki yang diadakan di SMKA Nibong Tebal.  Rombongan telah bertolak ke SMKA Nibong Tebal pada 5 Jun 2010 pada pukul 9.00 pagi .

1

Sebelum bertolak

2

Taklimat awal dan latihan kawad kaki

3

Penyerahan bendera Kontingen Pulau Pinang disempurnakan oleh  ADUN Sungai Acheh YB Dato Mahmud bin Zakaria . Kontingen Pulau Pinang telah diwakili oleh SK Bagan Jermal bagi pasukan lelaki dan SK Sungai Acheh bagi Pasukan Perempuan .

Kontingen Pulau Pinang bertolak dari SMKA Nibong Tebal ke Danga Bay , Johor pada pukul 12.00 tengah malam 7 Jun 2010.

DIDOAKAN SEMOGA KEJAYAAN AKAN MENGIRINGI KONTINGEN PULAU PINANG .

AMINNN…..

Rabu, 2 Jun 2010

KEM BINA JATI DIRI

 

Pada 28 Mei 2010 yang lalu , Pasukan Derap Juara di bawah Kebitaraan Kawad Kaki Sekolah Kluster Kecemerlangan telah mengadakan Kem Bina Jati Diri di Dusun Eco Resort , Kuala Nerang , Kedah .

102_4786

Pelajar yang terpilih mengikuti Kem ini terdiri dari ahli-ahli unit beruniform dan Pasukan Kawad Kaki Sekolah .

Rombongan peserta bertolak dari sekolah pada pukul 3.00 petang dan sampai di Kem Dusun Eco pada pukul 5.00 petang . Aktiviti bermula pada pukul 9.00 malam sejurus usai solat isyak . Aktiviti pertama ialah Ice Breaking yang dikendalikan oleh En.Zulazhar , Puan Mazlini dan Encik Noramin.

1 

29 Mei 2010

Usai Solat Subuh …… riadah di sekitar Dusun Eco .

2

Selepas minum pagi diadakan sesi “Team Building  “

Pada pukul 11.00 Pagi diadakan Aktiviti Flying Fox .

34

sesi waktu petang di penuhi dengan aktiviti “obstacle course”

5  

Pada malamnya diadakan majlis makan malam dan barbeku  sementara guru-guru mengambil peluang untuk memancing di kolam yang terdapat di dalam resort tersebut.

6

Keesokan harinya … selepas riada pagi dan sarapan. Program diteruskan dengan “Jungle traking”

7

Selepas solat zohor dan makan tengahari ,  Para peserta dan guru bertolak pulang .

102_4673

Kepada semua yang terlibat diucapkan terima kasih terutama kepada guru-guru pengiring dan pihak Dusun Minda Resort .