BERSAMA MEMACU TRANSFORMASI SKBJ NO 1,CEMERLANG 2026

" # Togertherness Striving Tranformation SKBJ No 1,Excellence 2026 ".

KEJAYAAN SKBJ

Anugerah yang diperolehi guru dan murid SKBJ.

JOHAN BOLA SEPAK PERINGKAT DAERAH

Sekolah Kebangsaan Bagan Jermal menjadi Johan bola sepak peringkat daerah SPU.

SUKAN DAN OLAHRAGA

Kemuncak Acara Sukan dan Olahraga SKBJ.

KUMPULAN GAMELAN SEKOLAH

Persembahan sempena Pelancaran Bulan Kebangsaan Peringkat SPU.

PASUKAN BORIA SKBJ

Persembahan sempena Hari Terbuka di PPD SPU.

Ahad, 16 Mei 2010

GURU OH GURU ….

BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979

   teacher_day

SELAMAT HARI GURU  ………. 

Pada semua guru di SKBJ , bekas2 guru dan semua guru di Malaysia

Sabtu, 15 Mei 2010

PERTANDINGAN KAWAD KAKI UNIT BERUNIFORM PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG

TAHNIAH !!!!!!!!!!!! Akhirnya Pasukan Kawad Kaki SKBJ berjaya mempertahankan kejuaraan dalm pertandingan kawad kaki peringkat negeri. Pertandingan dijalankan di Pusat Kokurikulum , Bukit Mertajam .

Pasukan Kawad Kaki SKBJ tahun ini diwakili oleh Pasukan Pengakap.  SKBJ merupakan pasukan yang ke 10 dan terakhir yang mempersembahkan kawad kaki pada pertandingan tersebut.

Sebahagian gambar sepanjang pertandingan (terdapat kesilapan tarikh pada gambar- abaikan)

102_3834 Orang kuat Pasukan Kawad Sekolah …… Cik Siti Hajar Zainuddin … tetap bersemangat sehingga ke akhir.

1Semasa di atas gelanggang …. segak danbergaya

2 

Detik-detik kejayaan ………

102_3912

Ketua Platun Terbaik…

Adik Muhammad Iqbal.

102_3906

Wajah-wajah ceria meraikan kejayaan pasukan bersama guru penasihat Cik Siti Hajar , Pn.Noraini , En. Hailmi dan En. Hamrolnizam.

Pasukan SKBJ akan mewakili Pulau Pinang dalam Pertandingan Kawad Kaki peringkat Kebangsaan yang akan diadakan di Pagoh , Johor pada bulan Jun nanti.

Ucapan tahniah pada Pasukan Kawad Kaki dan guru-guru penasihat . Ucapan terima kasih kepada semua guru dan ibu bapa yang turut hadir memberi sokongan moral kepada pasukan sekolah .

 

TAHNIAH….! TAHNIAH….! TAHNIAH….!

ENGLISH CAMP ANJURAN MRCB & UIA

Hari ini juga diadakan English Camp anjuran MRCB  & UIA.  Dikendalikan oleh En. Fadhil Ahmad Mazlan sebagai Penyelaras , En Basri sebagai coordinatoor dan 2 pelajar antarabangsa UIA iaitu Cik Ai Sulu dari Kazasthan dan En. Mukhtada dari negara Chad .

102_3810 102_3811

KLINIK KEJURULATIHAN SEPAK TAKRAW REJAM EMAS

Hari ini juga diadakan Klinik Kejurulatihan Sepak Takraw Rejam Emas dibawah  niche area Sekolah Kluster Kecemerlangan. Klinik ini dikendalikan oleh jurulatih bertauliah dan dibantu oleh 3 pelajar Sekolah Menengah Mutiara Impian yang juga Pasukan Wanita Sepak Takraw Pulau Pinang ke SUKMA.

Lebih kurang 20 orang guru dan pasukan sepak takraw sekolah yang menyertai klinik ini . Di dalam klinik ini , para peserta didedahkan dengan teknik-teknik asas sepak takraw bermula dari memanaskan badan sehinggalah bermain di gelanggang.

102_3789 102_3797

102_3794    102_3801

TAHNIAH KEPADA AJK NICHE AREA SEPAK TAKRAW REJAM EMAS DIATAS KEJAYAAN PENGANJURAN KLINIK INI …

GOTONG ROYONG PERDANA SEMPENA HARI GURU

Hari ini gotong royong dijalankan dengan jayanya , walaupun ramai guru yang terlibat dengan 4 aktiviti lagi .

Gotong royong tertumpu di sekeliling kawasan sekolah , bilik Bahasa Inggeris , Bilik Bahasa Melayu , Bilik Matematik , Pra sekolah dan beberapa tempat lagi. Guru-guru dibantu oleh murid-murid yang turut hadir .

Gambar di sekitar gotong royong ( abaikan kesilapan tarikh pada gambar)

102_3768 102_3770 

102_3771  102_3799

 

TERIMA KASIH PADA SEMUA YANG TERLIBAT ….

Jumaat, 14 Mei 2010

BACAAN YASIN TKRS SEMPENA PERTANDINGAN KAWAD KAKI PERINGKAT NEGERI

Majlis diadakan malam tadi di surau sekolah. Majlis dihadiri oleh ibubapa , guru –guru dan pelajar.  Majlis dimulakan dengan solat maghrib dan diikuti dengan bacaan yasin.

102_3709 102_3707

Selepas solat Isyak diadakan sedikit jamuan. Menu disediakan oleh pihak kantin sekolah …… Ada juga ibubapa yang bermurah hati membawa juadah-juadah sampingan. Terima kasih pihak sekolah ucapkan.

102_3732 102_3741

102_3730 102_3735

 

Pertandingan Kawad Kaki Unit bEruniform Peringkat Negeri akan diadakan pada hari Sabtu , 15 Mei 2010 di Pusat Kokurikulum Negeri , Bukit Mertajam. Semua ibubapa waris dijemput hadir memberi sokongan .

 

Kepada Pasukan Kawad KAki Sekolah ……………. SELAMAT BERJAYA .

Rabu, 12 Mei 2010

SELAMAT HARI JURURAWAT

happy_nurses_day-13216

Kepada semua jururawat yang melayari blog Sek.Keb.Bagan Jermal.

SAMBUTAN HARI BUKU DAN HAKCIPTA SEDUNIA & PELANCARAN BULAN PUSAT SUMBER

Pusat Sumber Sekolah telah melancar dua program serentak pada 6 Mei 2010 di Dataran Kejat SKBJ.  Majlis pelancaran dan perasmian telah disempurnakan oleh Guru Besar , Pn.Habibah bt Ahmad.

1

Matlamat program ini ialah untuk memperluaskan kesedaran kepada pelajar tentang kepentingan membaca dalam menimba ilmu pengetahuan dan menjadikan tabiat membaca sebagai amalan hidup berterusan sepanjang hayat demi kesejahteraan hidup didunia dan akhirat .

Program ini berlangsung dari 6 Mei 2010  hingga 2 Jun 2010 . Sasarannya semua murid  Tahun  hingga Tahun 6. 

Antara aktivit-aktiviti yang akan diadakan ialah :-

1. Pertandingan mewarna Tahap 1

2. Pertandingan melukis poster tahap 2 – Tema “ Membaca Memperkasakan Minda”.

3. Pertandingan Melukis Kulit Buku Fiksyen

4. Jualan Buletin PSS

5. Jualan Kad Ucapan “Salam Dariku UntukMU’ sempena Hari Guru

7. Cabutan Bertuah Program NILAM

8. Anugerah Pembaca Terbanyak NILAM

9. Program “Reading Competition ‘ Bestari Bahasa Inggeris

Pada hari pelancaran , telah disampaikan hadiah kepada Pembaca Terbanyak bagi Bulan Februari dan Mac .

IMG_3075

Pelajar yang membaca melebehi 20 buah buku setiap bulan pula mendapat 1 keping kupon cabutan bertuah bagi setiap 20 buah buku yang telah dibaca dan dicatit didalam buku NILAM.

2

 3 

MEMBACA MEMPERKASAKAN MINDA

Isnin, 10 Mei 2010

SELAMAT BERSARA CIK SOFIAH

Hari Jumaat lepas 30 April 2010 . Cik Sofiah Abd Rahman telah menamatkan perkhidmatannya dan bersara.

Satu majlis ri ngkas telah diadakan sebagai penghargaan untuk beliau dikendalikan oleh Kelab Guru dan Staff SKBJ .

Cik Sofiah mula berkhidmat di sekolah ini pada tahun 2006 sehingga 30 April 2010.

100_1015

Majlis bermula pada pukul 9.45 pagi di ruang legar Pusat Sumber  , satu jamuan diadakan oleh Kelab Guru dan Staff. Majlis yang ringkas tetapi amat bermakna.

 

1

Menu hari ini …..

2Selepas jamuan , diadakan sesi bersama murid di tapak perhimpunan. Bermula dengan ucapan wakil murid , Pn.Guru Besar , Tayangan video dan ucapan Cik Sofiah Abd Rahman.  Usai majlis  . Cik Sofiah diiringi Pn Guru Besar dan Penolong Kanan untuk menandatangani buku kehadiran staff buat kali terakhir.  Diikuti bersalam-salaman  bersama murid dan Staff , Cik Sofiah diiring ke kereta yang telah dihias khas untuk beliau .

345 Setinggi-tinggi penghargaan dan Ucapan terima kasih kepada semua Guru , Staff dan warga SKBJ yang bertungkus lumus  membantu melancarkan majlis ini  .

Pada Cik Sofiah Abd Rahman … SELAMAT BERSARA ..

SELAMAT HARI IBU

doa-ibu

  SELAMAT HARI IBU 

kepada semua guru-guru dan  ibu-ibu yang melayari blog Sek.Keb.Bagan Jermal  ……

Info :

Sudah pasti semua orang sudah biasa dengan ucapan “Happy mother’s day ” sempena menyambut Hari Ibu. Secara ringkasnya Hari Ibu ialah hari pengiktirafan kaum ibu, yang disambut pada hari-hari berbeza di kebanyakan tempat merata dunia. Ia juga disambut pada hari berbeza antara negara kerana berbagai-bagai asal-usulnya. Di negara Malaysia pulak, sebagaimana US, Jepun, Netherlands, Australia, Austria, Canada, China, Italy, Hongkong, Finland, Switzerland, Turki dan beberapa negara lain menyambut sambutan Hari ibu pada hari Ahad kedua bulan Mei. Maknanya bagi 2010 ni sambutan hari ibu jatuh pada 9 Mei 2010.

Manakala negara di Timur Tengah seperti Iraq, Oman, Jordan, UAE, Arab saudi, Kuwait, Sudan, Palestin, Mesir pula menyambutnya pada permulaan musim bunga iaitu 21 Mac sementara Hari Ibu di Indonesia ialah pada 22 Disember.