Tuesday, April 20, 2010

LAWATAN KEPALA-KEPALA GURU DARI KABUPATEN ACHEH TIMUR , INDONESIA

 

Lawatan ini terdiri dari 63 orang Kepala Bapak (Guru Besar-Guru Besar)   dari Kabupaten Acheh Timur Indonesia . Turut hadir   Tn Hj Abu Bakar Muad , Pegawai Pelajaran Daerah Seberang Perai Utara wakil bagi pihak Pengarah Pelajaran Pulau Pinang , Ketua Unit Perhubungan  Jabatan Pelajaran Pulau Pinang Tn.Hj Ibrahim dan pegawai-pegawai  pelajaran Jabatan Pelajaran Pulau Pinang. Rombongan tiba pada pukul 11.00 pagi diketuai oleh Wakil Konsulat Indonesia di Pulau Pinang  disambut meriah dengan perarakan bunga manggar .

DSC_0011

Diikuti dengan pertunjukan kawad kaki  oleh Pasukan Kawad Kaki Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS) .

DSC_0021 DSC_0018

Dikuti dengan taklimat tentang sekolah di Bilik Persidangan Sekolah .

DSC_0029

DSC_0038

Lawatan diteruskan ke kelas-kelas , bilik-bilik khas dan kawasan sekolah

DSC_0062 DSC_0056

DSC_0052 DSC_0073

Lawatan diakhiri dengan jamuan tengahari di Kantin Sekolah. Semasa Jamuan para tetamu dipersembahkan dengan pertunjukan boria dan nyanyian dari pelajar SKBJ. Pihak  rombongan juga turut menyumbangkan lagu .

DSC_0081 DSC_0085

DSC_0100 DSC_0123

Rombongan bertolak pulang pada pukul 2.30 petang dan meneruskan perjalanan ke Johor Bharu untuk lawatan seterusnya.

 

Kepada semua yang terlibat  pegawai-pegawai JPN Pulau Pinang , Pejabat Pelajaran  SPU , guru-guru , murid-murid dan orang perseorangan  … pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih di atas kerjasama dan komitmen anda semua.

TERIMA KASIH DAUN KELADI ……..