BERSAMA MEMACU TRANSFORMASI SKBJ NO 1,CEMERLANG 2026

" # Togertherness Striving Tranformation SKBJ No 1,Excellence 2026 ".

KEJAYAAN SKBJ

Anugerah yang diperolehi guru dan murid SKBJ.

JOHAN BOLA SEPAK PERINGKAT DAERAH

Sekolah Kebangsaan Bagan Jermal menjadi Johan bola sepak peringkat daerah SPU.

SUKAN DAN OLAHRAGA

Kemuncak Acara Sukan dan Olahraga SKBJ.

KUMPULAN GAMELAN SEKOLAH

Persembahan sempena Pelancaran Bulan Kebangsaan Peringkat SPU.

PASUKAN BORIA SKBJ

Persembahan sempena Hari Terbuka di PPD SPU.

Selasa, 20 April 2010

LAWATAN KEPALA-KEPALA GURU DARI KABUPATEN ACHEH TIMUR , INDONESIA

 

Lawatan ini terdiri dari 63 orang Kepala Bapak (Guru Besar-Guru Besar)   dari Kabupaten Acheh Timur Indonesia . Turut hadir   Tn Hj Abu Bakar Muad , Pegawai Pelajaran Daerah Seberang Perai Utara wakil bagi pihak Pengarah Pelajaran Pulau Pinang , Ketua Unit Perhubungan  Jabatan Pelajaran Pulau Pinang Tn.Hj Ibrahim dan pegawai-pegawai  pelajaran Jabatan Pelajaran Pulau Pinang. Rombongan tiba pada pukul 11.00 pagi diketuai oleh Wakil Konsulat Indonesia di Pulau Pinang  disambut meriah dengan perarakan bunga manggar .

DSC_0011

Diikuti dengan pertunjukan kawad kaki  oleh Pasukan Kawad Kaki Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS) .

DSC_0021 DSC_0018

Dikuti dengan taklimat tentang sekolah di Bilik Persidangan Sekolah .

DSC_0029

DSC_0038

Lawatan diteruskan ke kelas-kelas , bilik-bilik khas dan kawasan sekolah

DSC_0062 DSC_0056

DSC_0052 DSC_0073

Lawatan diakhiri dengan jamuan tengahari di Kantin Sekolah. Semasa Jamuan para tetamu dipersembahkan dengan pertunjukan boria dan nyanyian dari pelajar SKBJ. Pihak  rombongan juga turut menyumbangkan lagu .

DSC_0081 DSC_0085

DSC_0100 DSC_0123

Rombongan bertolak pulang pada pukul 2.30 petang dan meneruskan perjalanan ke Johor Bharu untuk lawatan seterusnya.

 

Kepada semua yang terlibat  pegawai-pegawai JPN Pulau Pinang , Pejabat Pelajaran  SPU , guru-guru , murid-murid dan orang perseorangan  … pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih di atas kerjasama dan komitmen anda semua.

TERIMA KASIH DAUN KELADI ……..

Jumaat, 16 April 2010

VITAGEN …. DATANG

VITAGEN datang …. warga sekolah dapat minum free lagi . Susu kultur ……. Ada hadiah pulak tu untuk pelajar yang dapat menjawab soalan. Apa pun …. 

IMG_2734

IMG_2745 IMG_2748

IMG_2752 IMG_2764

IMG_2763

Sukanya …. Cikgu Lili …… Dapat vitagen free…….

TERIMA KASIH DAUN KELADI KEPADA PIHAK VITAGEN ……. JANGAN LUPA DATANG LAGI …….

SUKANEKA 2010

Entry ini agak terlewat . Admin sibuk.

Sukaneka ini diadakan pada 1 April yang lalu , dijalankan sebelum berlangsungnya Kejohanan Sukan Tahunan Sekolah. Penyertaan melibat murid-murid Pra Sekolah , Pendidikan Khas dan Tahap 1 sahaja. Walau pun agak ringkas tetapi amat meriah. Mendapat sambutan dari semua warga sekolah dan ibubapa.  Terima kasih kepada semua ibu bapa dan waris yang datang memberikan sokongan . Diharap , apabila ada aktiviti sekolah akan mendapat sambutan yang meriah seperti ini juga.

 

1

2 

3

Sebahagian gambar , sepanjang berlangsungnya sukaneka ini .

 

Pada semua guru , warga sekolah , murid , ibubapa dan semua yang terlibat …. Pihak Sekolah  mengucapkan tahniah dan terima kasih kerana menjaya aktiviti ini. TAHNIAH !!!!!!!!!!!

Rabu, 7 April 2010

KEJOHANAN SUKAN

Kejohanan Sukan Tahunan Sek.Keb. Bagan Jermal telah diadakan pada hari sabtu lepas di Stadium Bertam , Kepala Batas . Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan meriah. Ramai ibubapa yang turut hadir.

Kejohanan dimulakan dengan perbarisan dan lintas hormat kontingen rumah sukan , tabik hormat disempurnakan oleh Yang Dipertua  PIBG , Pn Dalilah .

IMG_2396

Dikuti dengan pembacaan ikrar kejohanan

IMG_2429

Acara bermula dengan larian 100m , diikuti 200m , kemudiannya 4x100m dan 4x200m ………

DSC_0027

Acara diselang seli dengan penyampaian hadiah bagi acara padang dan sukaneka yang dijalankan di sekolah.

IMG_2497

Acara lain yang turut diadakan ialah …. pertandingan akhir acara  tarik tali ….. dimenangi oleh Rumah  oleh Rumah Hijau .

DSC_0121

Acara untuk ibubapa serta pegawai sukan turut diadakan …

DSC_0141 DSC_0131

Acara penutup disempurnakan oleh Pegawai Pelajaran Daerah SPU Utara Tn .HJ Abu Bakar b. Muad

DSC_0161 DSC_0153

Olahragawan pula dianugerahkan kepada  Adik Ahmad Saiful Shazwan b. Rose Azali dari Rumah Tun Teja (Merah) dan olahragawi dimeangani oleh Adik Nur Amira dari Rumah Tun Sri Lanang (Hijau)

DSC_0166 DSC_0167

Johan Perbarisan adalah Rumah Tun Teja . 

Juara kesluruhan jatuh ke tangan Rumah Tun Perak (Biru)

DSC_0176

Tahniah kepada Rumah Biru !!!!!!!!!!!!!!!!