Monday, February 8, 2010

LAWATAN PEMANTAUAN DARI PKG TELUK AIR TAWAR

Hari ini Pusat Sumber dan Unit Bestari & ICT menerima kunjungan dari Pegawai-pegawai BTP dari PKG Teluk Air Tawar . Pegawai yang hadir dalam sesi lawatan ini ialah En. Anuar Omar , PTP 1 . En. Mohd Faisal Haji Ismail PTP 2 dan Cik Nor Ezaini Abdullah Juruteknik F17 . Mengikut En. Anuar Omar PTP 1 PKG Teluk Air Tawar lawatan ini adalah pemantauan biasa dan merupakan rutin  wajib yang perlu dilakukan oleh PKG pada sekolah-sekolah yang berada di bawah kawalannya.

DSC06640Pegawai PKG berada di Pusat Sumber bersama GPM Pn. Rosnani Mat 

DSC06644

En. Anuar (PTP 1) bersama Pn. Rosnani Mat (GPM)

Menurut beliau lagi ,  melalui  lawatan ini juga pihak PKG dapat melihat dan memantau masalah-masalah yang dihadapi oleh sekolah-sekolah dan juga  dapat menyampaikan info-info terkini yang berkaitan. Secara tidak langsung , ini akan mengeratkan hubungan pihak sekolah dan pihak BTPN negeri.

102_2771

Pegawai PKG bersama Pn. Roslina dan Pn Rosnani berbincang masalah dan info terkini tentang ICT . Juga beberapa masalah  , memandangkan sekarang  semua penyelenggaraan ICT berada di bawah  bidang kuasa PKG dan BTPN .

102_2774

Lawatan ke makmal komputer . Pn. Anita sedang memberi penerangan berkaitan dengan perjalanan makmal komputer sepanjang tahun ini.

Alhamdulillah , Pihak PKG berpuas hati dengan semua perjalanan Pusat Sumber dan ICT di sekolah ini.

Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak PKG Teluk Air Tawar atas kesudian turun padang ke sekolah ini. Semoga dengan lawatan ini dapat mengeratkan lagi hubungan antara sekolah dan pihak PKG.