Monday, February 8, 2010

KEJOHANAN SEPAK TAKRAW BAWAH 12 TAHUN ZON BUTTERWORTH

       Kejohanan ini telah berlangsung pada 2 hingga 5 Februari 2010 di Dewan SMK Kepala Batas. SKBJ telah menyertai 2 acara iaitu acara berpasukan dan antara regu.

IMG_1444              Wakil Sekolah bersama guru pengiring En. Azizi Salleh dan En. Noor Mohammad b. Mat Esah.

          Dalam acara berpasukan sebanyak 15 buah sekolah telah menyertai pertandingan ini , Pertandingan ini dijalan secara liga 4 pasukan  .

Kumpulan A Kumpulan B Kumpulan C Kumpulan D
SK.Bagan Ajam SK . Bagan Jermal Sk. B. Tuan Kecil SK Mak Mandin
SK. Lahar Yooi SK. Pmtg  Tok Jaya Sk. Kuala Prai SK. Tlk Air Tawar
Sk.Sg Dua SK. St Mark Sk.T Senangan Sk. Assumption
Sk. Sg Puyu      

 

Dalam acara berpasukan , Perlawanan  pertama berkumpulan SKBJ bertemu dengan SK Pmtg Tok Jaya  dengan kemenangan  berpihak kepada SKBJ  3-0.

Pertemuan kedua , antara SKBJ dengan pasukan SK St Mark juga berpihak kepada SKBJ , dengan kemenangan  3-0 . Seterus telah menjuarai kumpulan B

Dalam pusingan suku akhir , SKBJ bertemu dengan naib johan kumpulan D iaitu SK Mak Mandin  . SKBJ menang 2-0 . Di peringkat separuh akhir Pasukan SKBJ telah bertemu dengan musuh tradisinya iaitu SK.Bagan Ajam.  Dalam satu pertarungan sengit yang berkesudahan berpihak kepada SKBJ. SKBJ menang 2-1. Kemenangan itu melonjak SKBJ ke pertandingan akhir buat kali ke-3 berturut-turut bertemu dengan SK.Lahar Yooi . Kedua-dua pasukan bersaing sengit dan  kejar mengejar untuk mendapatkan mata bagi regu masing-masing . Namun percaturan SKBJ telah berjaya mengekang SK Lahar Yooi  daripada menjuarai pertandingan tersebut . SKBJ menang bergaya dengan keputusan 2-1 . TAHNIAH …..

IMG_1432  IMG_1438

Regu pertama dalam pertemuan dengan SK Lahar Yooi  dalam perlawanan akhir  yang  diketuai oleh  Mohd Arfan (tekong) , Mohd Irfan (apit kiri) dan Mohd Afiq (apit kanan) telah memenangi pertemuan tersebut.

 

Dalam acara antara regu pertandingan dijalan secara kalah mati. SKBJ telah menghantar 2 regu  . Pertandingan dipecahkan kepada 2 kumpulan  iaitu Kumpulan A dan Kumpulan B .

 

IMG_1474

Regu A terdiri daripada Nur Adlin Ariff , Mohd Irfan , Mohd Arffan , Mohd Amin dan Mohd Aidil bersama Guru Besar , PK KOKU , Pengurus dan Jurulatih .

Regu A bertemu SK Bagan Ajam (B) dengan kemenangan 2-0 . Pada pusingan suku akhir bertemu dengan Sk Lahar Yooi dengan kemenangan 2-0 seterusnya melangkah ke peringkat separuh akhir bertemu dengan SK.Teluk Air Tawar dengan kemenangan mudah 2-0 . Dalam pertandingan akhir , SKBJ telah bertemu dengan musuh tradisinya SK Bagan Ajam (A)  yang telah menewaskan Regu B SKBJ . Dalam perlawanan yang begitu sengit dan mendebarkan , akhirnya Regu A SKBJ berjaya menumbangkan Regu A Sk Bagan Ajam  dengan kiraan 2-1 .

IMG_1480Hadiah disampaikan oleh Pegawai Kokurikulum PPD Utara En. Idris.

IMG_1508

Acara kalungan pingat kemenangan disempurnakan oleh Pn Habibah semasa perhimpunan sekolah pagi Isnin di Dataran SKBJ.

IMG_1517

TAHNIAH …. ATAS KEJAYAAN   MENGHARUMKAN NAMA SKBJ DIPERSADA ZON BUTTERWORTH 2010.

TAHNIAH …………………… TAHNIAH ……………