BERSAMA MEMACU TRANSFORMASI SKBJ NO 1,CEMERLANG 2026

" # Togertherness Striving Tranformation SKBJ No 1,Excellence 2026 ".

KEJAYAAN SKBJ

Anugerah yang diperolehi guru dan murid SKBJ.

JOHAN BOLA SEPAK PERINGKAT DAERAH

Sekolah Kebangsaan Bagan Jermal menjadi Johan bola sepak peringkat daerah SPU.

SUKAN DAN OLAHRAGA

Kemuncak Acara Sukan dan Olahraga SKBJ.

KUMPULAN GAMELAN SEKOLAH

Persembahan sempena Pelancaran Bulan Kebangsaan Peringkat SPU.

PASUKAN BORIA SKBJ

Persembahan sempena Hari Terbuka di PPD SPU.

Rabu, 24 Februari 2010

KERJA PENAIKTARAFAN DI BAWAH PERUNTUKAN SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN

Kerjakerja penaiktarafan di bawah peruntukan Sekolah Kluster Kecemerlangan telah bermula sejak minggu lepas. Kawasan yang terlibat  ialah Kelas 2 Bestari dinaiktarafkan menjadi Makmal Bahasa , Kelas 2 Kreatif sebagai Bilik Matematik dan tempat letak kereta guru sebagai padang kawad.

Buat sementara waktu kelas 2 Bestari telah berpindah ke Kelas 2 Harmoni dan Kelas 2 Harmoni berpindah ke Makmal Sains Tahap 1. Sementara Kelas 2 Kreatif pula sekarang ditempatkan sementara di Bilik Tayangan Pusat Sumber.

DSC06748 DSC06749

DSC06751 DSC06750

Keadaan Kelas 2 Bestari dan 2 Kreatif semasa proses pengubahsuaian.

IMG_1562

IMG_1565

IMG_1563 Kerja pengubahsuaian Padang kawad sedang rancak berjalan .

Ini adalah sebahagian daripada  projek penaiktarafan dari peruntukan Sekolah Kluster Kecemerlangan  , Kementerian Pelajaran Malaysia.

Selasa, 23 Februari 2010

PEPERIKSAAN UPTP 1 / UP1 2010

Minggu ini merupakan minggu peperiksaaan . UPTP1/UP1 bermula dari 23 Februari 2010  hingga 25 Februari 2010 . Jadual boleh dirujuk di bawah .

JADUAL uptp 1

Para pelajar nampaknya semua bersedia . 

DSC06744

Pelajar Tahun 2 Kreatif tekun menjawab soalan. Kelas 2 Kreatif terpaksa berpindah sementara ke bilik tayangan kerana kelas sedang dinaiktarafkan.

DSC06752

DSC06754

Pelajar tekun menjawab soalan peperiksaaan .

Pada para pelajar SELAMAT MAJU JAYA …. INSYAALLAH … kejayaan akan mengiringi langkah anak-anak semua. Pada para guru …. SELAMAT MEMERIKSA KERTAS PEPERIKSAAN . Jangan lupa dateline untuk  melengkapkan markah di dalam fail headcount dan RPM….

Jumaat, 12 Februari 2010

LAWATAN BINA INSAN INSTITUT PERGURUAN TUANKU BAINUN

Khamis , 11 Februari  skbj telah dilawati oleh Persatuan Guru Pelatih PISMP , Institut Perguruan Tuanku Bainun . Seramai 20 orang peserta dari Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP) bersama seorang Pensyarah terlibat dalam lawatan ini. 

IMG_1545

Program ini merupakan salah satu komponen latihan yang penting dan perlu didedahkan kepada guru pelatih dalam membentuk jati diri , semangat kerjasama , nilai dan akhlak murni serta pengetahuan yang dipupuk selaras dengan pelaksanaan  dan perkembangan program .

Rombongan tiba disambut dengan kawad kaki oleh Pasukan TKRS dibawah pimpinan Cik Siti Hajar.

IMG_1458 IMG_1460

Sesi taklimat diadakan di Bilik Persidangan sekolah .

IMG_1474 IMG_1467

Dikuti dengan lawatan ke Bilik-bilik Khas .

IMG_1482 IMG_1486

Di Pusat Sumber . Taklimat diberikan oleh Pn.Rosnani Guru Perpustakaan & Media .

IMG_1492 IMG_1488

Bilik Tayangan dan Pusat Akses Sekolah

IMG_1516 IMG_1506

Makmal Komputer dan Kelas Pendidikan Khas

Usai lawatan ke bilik-bilik khas , guru pelatih telah menjalankan aktiviti kemasyarakatan antaranya  :-

1. Melakarkan peta dunia di dinding bangunan A

2. Mengecat bilik darjah Tahun 2 Bestari

3. Membantu di Pusat Sumber

IMG_1528 IMG_1529

IMG_1526 IMG_1530

  Lawatan di akhiri dengan jamuan makan tengahri dan bertukar-tukar cenderamata .

IMG_1553

IMG_1554

IMG_1556

TERIMA KASIH DARI SKBJ ……. ATAS KESUDIAN MENJADIKAN SEKOLAH INI SEBAGAI PILIHAN DALAM MENJALANKAN PROGRAM IPTB …….

Untuk photo boleh layari http://pssskbaganjermal.fotopages.com

Isnin, 8 Februari 2010

LAWATAN PEMANTAUAN DARI PKG TELUK AIR TAWAR

Hari ini Pusat Sumber dan Unit Bestari & ICT menerima kunjungan dari Pegawai-pegawai BTP dari PKG Teluk Air Tawar . Pegawai yang hadir dalam sesi lawatan ini ialah En. Anuar Omar , PTP 1 . En. Mohd Faisal Haji Ismail PTP 2 dan Cik Nor Ezaini Abdullah Juruteknik F17 . Mengikut En. Anuar Omar PTP 1 PKG Teluk Air Tawar lawatan ini adalah pemantauan biasa dan merupakan rutin  wajib yang perlu dilakukan oleh PKG pada sekolah-sekolah yang berada di bawah kawalannya.

DSC06640Pegawai PKG berada di Pusat Sumber bersama GPM Pn. Rosnani Mat 

DSC06644

En. Anuar (PTP 1) bersama Pn. Rosnani Mat (GPM)

Menurut beliau lagi ,  melalui  lawatan ini juga pihak PKG dapat melihat dan memantau masalah-masalah yang dihadapi oleh sekolah-sekolah dan juga  dapat menyampaikan info-info terkini yang berkaitan. Secara tidak langsung , ini akan mengeratkan hubungan pihak sekolah dan pihak BTPN negeri.

102_2771

Pegawai PKG bersama Pn. Roslina dan Pn Rosnani berbincang masalah dan info terkini tentang ICT . Juga beberapa masalah  , memandangkan sekarang  semua penyelenggaraan ICT berada di bawah  bidang kuasa PKG dan BTPN .

102_2774

Lawatan ke makmal komputer . Pn. Anita sedang memberi penerangan berkaitan dengan perjalanan makmal komputer sepanjang tahun ini.

Alhamdulillah , Pihak PKG berpuas hati dengan semua perjalanan Pusat Sumber dan ICT di sekolah ini.

Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak PKG Teluk Air Tawar atas kesudian turun padang ke sekolah ini. Semoga dengan lawatan ini dapat mengeratkan lagi hubungan antara sekolah dan pihak PKG.

KEJOHANAN SEPAK TAKRAW BAWAH 12 TAHUN ZON BUTTERWORTH

       Kejohanan ini telah berlangsung pada 2 hingga 5 Februari 2010 di Dewan SMK Kepala Batas. SKBJ telah menyertai 2 acara iaitu acara berpasukan dan antara regu.

IMG_1444              Wakil Sekolah bersama guru pengiring En. Azizi Salleh dan En. Noor Mohammad b. Mat Esah.

          Dalam acara berpasukan sebanyak 15 buah sekolah telah menyertai pertandingan ini , Pertandingan ini dijalan secara liga 4 pasukan  .

Kumpulan A Kumpulan B Kumpulan C Kumpulan D
SK.Bagan Ajam SK . Bagan Jermal Sk. B. Tuan Kecil SK Mak Mandin
SK. Lahar Yooi SK. Pmtg  Tok Jaya Sk. Kuala Prai SK. Tlk Air Tawar
Sk.Sg Dua SK. St Mark Sk.T Senangan Sk. Assumption
Sk. Sg Puyu      

 

Dalam acara berpasukan , Perlawanan  pertama berkumpulan SKBJ bertemu dengan SK Pmtg Tok Jaya  dengan kemenangan  berpihak kepada SKBJ  3-0.

Pertemuan kedua , antara SKBJ dengan pasukan SK St Mark juga berpihak kepada SKBJ , dengan kemenangan  3-0 . Seterus telah menjuarai kumpulan B

Dalam pusingan suku akhir , SKBJ bertemu dengan naib johan kumpulan D iaitu SK Mak Mandin  . SKBJ menang 2-0 . Di peringkat separuh akhir Pasukan SKBJ telah bertemu dengan musuh tradisinya iaitu SK.Bagan Ajam.  Dalam satu pertarungan sengit yang berkesudahan berpihak kepada SKBJ. SKBJ menang 2-1. Kemenangan itu melonjak SKBJ ke pertandingan akhir buat kali ke-3 berturut-turut bertemu dengan SK.Lahar Yooi . Kedua-dua pasukan bersaing sengit dan  kejar mengejar untuk mendapatkan mata bagi regu masing-masing . Namun percaturan SKBJ telah berjaya mengekang SK Lahar Yooi  daripada menjuarai pertandingan tersebut . SKBJ menang bergaya dengan keputusan 2-1 . TAHNIAH …..

IMG_1432  IMG_1438

Regu pertama dalam pertemuan dengan SK Lahar Yooi  dalam perlawanan akhir  yang  diketuai oleh  Mohd Arfan (tekong) , Mohd Irfan (apit kiri) dan Mohd Afiq (apit kanan) telah memenangi pertemuan tersebut.

 

Dalam acara antara regu pertandingan dijalan secara kalah mati. SKBJ telah menghantar 2 regu  . Pertandingan dipecahkan kepada 2 kumpulan  iaitu Kumpulan A dan Kumpulan B .

 

IMG_1474

Regu A terdiri daripada Nur Adlin Ariff , Mohd Irfan , Mohd Arffan , Mohd Amin dan Mohd Aidil bersama Guru Besar , PK KOKU , Pengurus dan Jurulatih .

Regu A bertemu SK Bagan Ajam (B) dengan kemenangan 2-0 . Pada pusingan suku akhir bertemu dengan Sk Lahar Yooi dengan kemenangan 2-0 seterusnya melangkah ke peringkat separuh akhir bertemu dengan SK.Teluk Air Tawar dengan kemenangan mudah 2-0 . Dalam pertandingan akhir , SKBJ telah bertemu dengan musuh tradisinya SK Bagan Ajam (A)  yang telah menewaskan Regu B SKBJ . Dalam perlawanan yang begitu sengit dan mendebarkan , akhirnya Regu A SKBJ berjaya menumbangkan Regu A Sk Bagan Ajam  dengan kiraan 2-1 .

IMG_1480Hadiah disampaikan oleh Pegawai Kokurikulum PPD Utara En. Idris.

IMG_1508

Acara kalungan pingat kemenangan disempurnakan oleh Pn Habibah semasa perhimpunan sekolah pagi Isnin di Dataran SKBJ.

IMG_1517

TAHNIAH …. ATAS KEJAYAAN   MENGHARUMKAN NAMA SKBJ DIPERSADA ZON BUTTERWORTH 2010.

TAHNIAH …………………… TAHNIAH ……………

Jumaat, 5 Februari 2010

FRIDAY IS ENGLISH DAY

Beginning 5th February 2010 , every friday will be English Day . All pupils and teachers are encouraged to converse in english .

Today was the launching for English Day . The ceremony was officiated by our headmistress Pn.Habibah Ahmad.

IMG_1367Pn. Habibah is giving her speech.

IMG_1374

Pn. Habibah unveiled the banner for English Day.

IMG_1382

Our administrative is standing with the banner for English Day .

IMG_1377 IMG_1379

Every Friday the pupils will  be wearing an English word.

IMG_1384 IMG_1385

 

 

 

 

 

 

 

 

The English teachers and prefects are sitting infront of the banner .

We hope this program will increase the quality of spoken English in our school…….

Khamis, 4 Februari 2010

PUSAT AKSES KEMBALI BEROPERASI ….

Pusat Akses sekolah kini kembali beroperasi mengikut jadual yang telah ditetapkan. Sepanjang Januari yang lalu murid bebas masuk pada waktu rehat , tapi kini mulai 1 Februari 2010 , murid perlu mematuhi jadual penggunaan mengikut kelas yang telah ditampal di dalam kelas masing-masing . Di sini saya muat turunkan semula jadual penggunaan bagi bulan Februari ini.

FEBTRUARI 

Pusat Akses juga dibuka selepas waktu persekolahan sehingga pukul 2.30 petang . Tempahan boleh dibuat pada setiap hari pada waktu rehat  di Pusat Akses .

Peringatan kepada Pelajar yang membuat tempahan , sila patuhi peraturan yang telah ditetapkan dan juga menepati masa tempahan , mengikut waktu yang telah dibuat .

PUSAT AKSES  , GEDUNG ILMU TANPA SEMPADAN

Rabu, 3 Februari 2010

HARI PERTAMA SEKOLAH 4 JANUARI 2010

Entry ini dikira sebagai entry terlewat . Sebahagian photo ini diambil pada hari pertama persekolahan iaitu 4 Januari 2010. Pada hari ini pelbagai karenah murid dapat dilihat. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar . Tiada kejadian yang membimbangkang. Hari pertama persekolahan berjalan  lancar , memandangkan semua urusan persekolahan seperti pembelian buku tulis , pemberian buku teks dan pembahagian kelas telah dibuat pada cuti sekolah yang lalu. Jadi pada hari pertama ini , para guru telah dapat menjalankan tugasan pengajaran dan pembelajaran dalam kelas dengan lancar dan selesa.

1

2

Suasana di perhimpunan pada pagi 4 Januari 2010 ….