BERSAMA MEMACU TRANSFORMASI SKBJ NO 1,CEMERLANG 2026

" # Togertherness Striving Tranformation SKBJ No 1,Excellence 2026 ".

KEJAYAAN SKBJ

Anugerah yang diperolehi guru dan murid SKBJ.

JOHAN BOLA SEPAK PERINGKAT DAERAH

Sekolah Kebangsaan Bagan Jermal menjadi Johan bola sepak peringkat daerah SPU.

SUKAN DAN OLAHRAGA

Kemuncak Acara Sukan dan Olahraga SKBJ.

KUMPULAN GAMELAN SEKOLAH

Persembahan sempena Pelancaran Bulan Kebangsaan Peringkat SPU.

PASUKAN BORIA SKBJ

Persembahan sempena Hari Terbuka di PPD SPU.

Selasa, 16 November 2010

UPSR ….. KEJAYAAN BERSAMA

11.11.2010 ….. SKBJ menyambut kejayaan kedua pada hari yang sama .  UPSR 2010 seramai    80 orang murid telah mengambil ujian .Seramai  9 orang murid mendapat A dan 15 orang murid mendapat 4A1B.  Tahun ini peratus lulus meningkat . Ini  merupakan satu lagi kejayaan buat sekolah dan wrga SKBJ. TAHNIAH …. pada semua Guru  , ibubapa dan anak-anak didik semua. 

Kebanyakkan murid yang mencapai kejayaan cemerlang adalah murid-murid yang aktif di dalam bidang kokurikulum

P1010423

Penyampaian keputusan UPSR … disempurnakan oleh En. Rosli Hashim GPK Kurikulum .

SENARAI MURID MENDAPAT 5A

1. Ahmad Saiful Syazwan b. Rose Azalley

2. Arvind a/l Kalimuthu

3. Haris Zulkarnain b. Mohd Khairuddin

4. Ilie Iman bt. Mohd Sahurin

5. Khairul Harris b. Mohd Razali

6. Muhammad Alif  b. Yuslizan

7. Muhammad Azri b. Zapri

8. Muhammad Syakir b. A. Ghani

9. Nurul Syahira bt. Mohd Zaini

P1010431

Guru-guru teruja dan menitiskan airmata ….. mendengar berita kejayaan anak-anak didik.

 

SENARAI  MURID MENDAPAT 4A1B

1. Che Nur Syazani bt Zaini

2. Muhammad Noor Sabri b. Md Yusoff

3. Muhammad Taufiq b. Abd Rahim

4. Nur Afifah Aliaa bt Musa

5. Nur Fadzliah Amal b. Osman

6. Nur Fatin Najwa bt. Lok Mal Hakim

7. Nur Khairunnisa Batrisyia bt. Ahmad

8. Muhammad Ariff b. Ibrahim

9. Muhammad Iqbal b. Abdullah

10. Nurin Husnina  bt. Shah Hanif

11. Nur Amylia Afrina bt M. Yani

12. Siew Pui Yi

13. Siti Qhadirah bt Radin

14. Nurul Sahira bt Mohd Razi

15. Nur Fatin Syazana  bt. Zulkapli

P1010433

Ibubapa turut hadir . Arvind Tokoh Murid 2010 mengucapkan terima kasih kepada Puan Koay …

Isnin, 15 November 2010

TAHNIAH …… NAIB JOHAN ANUGERAH KECEMERLANGAN KOKURIKULM PERINGKAT KEBANGSAAN

Tahniah  kepada SKBJ …

Satu lagi kejayaan berjaya diraih oleh SKBJ. Tahniah pada semua guru  dan warga SKBJ atas kerja keras selama ini. Hadiah yang amat bermakna buah sekolah …..

11.11.2010 bertempat di Hotel Empress , Sepang

IMG_4054

IMG_4094 

Sebahagian gambar dianugerah tersebut.

IMG_4101 IMG_4091

IMG_4086 IMG_4085

                                      IMG_4096

 

 

 

 

 

 

 

Pn. Habibah Ahmad , Guru Besar  bersama hadiah yang diterima .

Jumaat, 8 Oktober 2010

LAWATAN PEMANTAUAN & PENILAIAN KOKURIKULUM CEMERLANG KEBANGSAAN

7 Oktober 2010 , Para penilai tiba di sekolah lebih kurang pukul 8.00 pagi disambut oleh semua guru dan murid di Dataran Derap Juara.
DSC00596
Selepas pemeriksaan Perbarisan TKRS , para penilai dipersembahakan pertunjukan Kawad Kaki Formasi oleh pasukan TKRS dan Persembahan Boria oleh Pasukan Boria Sekolah .
DSC00607
DSC00639 
Pertunjukan Kawad Kaki Formasi oleh TKRS.
DSC00645
Persembahan Boria .
Usai pertunjukan , para penilai melawat kawasan sekolah dan terus  ke Bilik Persidangan untuk Taklimat dan penilaian.
P1000147
P1000153
Taklimat oleh GPK Kokurikulm Pn. Koay Pooi Geok .
P1000169
Penilaian bersama Penyelaras Bidang .
Semoga Ada Kejayaan Buat SKBJ lagi ……..

Isnin, 20 September 2010

TAKLIMAT PENGISIAN BORANG SBP SECARA ONLINE.

Majlis diadakan pada 21 Ogos 2010. Melibatkan semua ibubapa dan penjaga dari murid-murid Tahun 6 .

102_6028

Taklimat oleh En. Noor Mohamad b. Mat Esah

102_6032

Pendaftaran ibubapa dan waris

102_6035

Tekun mendengar taklimat …

Rabu, 18 Ogos 2010

PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN

Tarikh : 16 Ogos 2010

Tempat : Dataran Derap Juara SKBJ

Pelancaran Bulan Kemerdekaan telah dilancar dan disempurnakan oleh Puan Guru Besar Pn. Habibah Ahmad.  Di dalam ucapan perasmianya ,  beliau  mengharapkan semangat patriotisme dapat dipupuk di kalangan pelajar dan juga berharap para pelajar belajar menghayati dan menghargai erti kemerdekaan sebenar.

102_5991

Usai perasmian , “Bicara Kemerdekaan” oleh En. Rosli Hashim . Beliau mengimbau kembali detik-detik Tanah Melayu mahu mancapai kemerdekaan. Para pelajar kusyuk mendengar pengkisahan kemerdekaan walaupun cuaca agak panas.

102_6026

Diikuti dengan nyanyian lagu-lagu patriotik.

102_6010 102_6000

Pelbagai aktiviti telah dirancang sepanjang bulan kemerdekaan ini. Laporan seterusnya akan menyusul nanti.

Isnin, 16 Ogos 2010

MAJLIS BICARA AKADEMIK UPSR BERSAMA WARIS

Tarikh : 19 Julai 2010

Matlamat program ini adalah bagi mengadakan hubungan antara sekolah dan waris dalam meningkatkan prestasi akademik pelajar dalam keputusan UPSR bagi mencapai kejayaan yang lebih cemerlang untuk tahun 2010.

OBJEKTIF

1. Untuk memastikan murid-murid tahun 6 telah bersiap sedia menghadapi UPSR.

2. Untuk memastikan kecemerlangan UPSR berterusan .

3. Untuk mengeratkan dan meningkatkan hubungan antara sekolah dan waris dalam menjana kejayaan murid dan sekolah.

4. Mencari kaedah dan dapatan masalah-masalah yang timbul dalam akademik pelajar.

5. Memberi ruang kepada waris mendapat input yang lebih tepat dari pihak sekolah tentang pencapaian akademik pelajar-pelajar.

102_5784 Taklimat oleh Pn. Habibah Ahmad , Guru Besar SK Bagan Jermal.

IMG_3414Sebahagian ibubapa yang hadir.

Rabu, 4 Ogos 2010

SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN AL MUBARAK

2864173387_c9fea39093_o

Selasa, 27 Julai 2010

The Leader in Me

Setinggi-tinggi ucapan terima kasih dari pihak sekolah  khasnya kepada Datin Asnijawati    http://asnijaasmui.blogspot.com/  dan Dr Stephen R Covey (Vice President, FranklinCovey & author of The 7 Habits Of Highly Effective People)  di atas sumbangan buku “ The Leader in Me” .

IMG_3456

Buku ini  akan menambahkan lagi koleksi buku bacaan di PSS sekolah .Warga sekolah yang berminat boleh mendapatkannya  di Pusat Sumber sekolah atau berhubung dengan Guru Perpustakaan dan Media Pn. Rosnani.

Terima Kasih Daun Keladi …..

Isnin, 5 Julai 2010

SELAMAT BERKHIDMAT DI TEMPAT BARU ….PN ANITA & PN SARINA

Bermula penggal ke-2  persekolahan  2010, 2 orang guru telah bertukar iaitu Pn. Anita Ariffin dan Pn Sarina Che Yob.

IMG_0149

Pn. Anita Ariffin telah bertkar ke Pejabat Pelajaran Daerah Timur Laut sebagai Pegawai di Unit Pendidikan Khas .

Sebahagian gambar semasa hari terakhir beliau pada 2 Julai yang lalu.

102_5661 102_5660

P3122536Pn. Sarina Che Yob  telah bertukar ke Sekolah Kebangsaan Sungai Acheh , Nibong Tebal bermula pada 1 Jun 2010.

Kepada kedua-dua guru  setinggi-tinggi ucapan terima kasih di atas pengorbanan dan jasa yang telah ditabur di SKBJ. Selamat maju jaya di tempat baru.

Rabu, 30 Jun 2010

PINTAR BATTLEBOT CHALLENGE

IMG_3373

Pintar BattleBot Challenge ini telah diadakan pada 23 Jun yang lepas. 

“Pintar Battlebot Challenge” ini adalah pertandingan robotik di mana para pelajar menggunakan krativiti dan kemahiran mereka dalam bidang sains , matematik dan teknologi  untuk mencipta dan membina robot terkuat  menggunakan teknologi LEGO. Tujuan pertandingan ini adalah untuk menggalakkan  pelajar menggunakan kreativiti  dan segala kemahiran yang mereka  ada untuk membina dan mengubahsuai robot  mereka menggunakan peralatan LEGO.Robot yang mampu meneruskan perlawanan tanpa sebarang masalah akan diistiharkan pemenang. Lebih dari 100 buah sekolah PINTAR mengambil bahagian  dalam pertandingan ini .

123

Robot Ciptaan adik farzanna dan Nor Amalia mendapat tempat pertama di dalam pertandingan ini.  

Rabu, 23 Jun 2010

TAHNIAH … SKBJ ….

Tahniah , kepada Pasukan Kawad Kaki SKBJ ! Pasukan Kawad Kaki telah berjaya merangkul tempat ketiga dalam Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Kebangsaan yang berlangsung di Danga Bay , Johor Bharu . Adik Muhd Iqbal juga berjaya mendapat tempat ketiga Ketua Platun Terbaik. TAHNIAH  ! TAHNIAH! ….

IMG_0318

21  3

 

IMG_0335   IMG_0341

 

TAHNIAH ……

Selasa, 8 Jun 2010

KEM KAWAD KAKI DI SMKA NIBONG TEBAL PENYERAHAN BENDERA KONTINGEN PULAU PINANG

Pasukan Kawad Kaki  Sekolah telah berjaya ke peringkat kebangsaan yang akan berlangsung di Danga Bay , Johor Bharu pada 9 Jun 2010 nanti. Sebagai persediaan ke sana , peserta diwajibkan hadir ke Kem Persediaan Kawad Kaki yang diadakan di SMKA Nibong Tebal.  Rombongan telah bertolak ke SMKA Nibong Tebal pada 5 Jun 2010 pada pukul 9.00 pagi .

1

Sebelum bertolak

2

Taklimat awal dan latihan kawad kaki

3

Penyerahan bendera Kontingen Pulau Pinang disempurnakan oleh  ADUN Sungai Acheh YB Dato Mahmud bin Zakaria . Kontingen Pulau Pinang telah diwakili oleh SK Bagan Jermal bagi pasukan lelaki dan SK Sungai Acheh bagi Pasukan Perempuan .

Kontingen Pulau Pinang bertolak dari SMKA Nibong Tebal ke Danga Bay , Johor pada pukul 12.00 tengah malam 7 Jun 2010.

DIDOAKAN SEMOGA KEJAYAAN AKAN MENGIRINGI KONTINGEN PULAU PINANG .

AMINNN…..

Rabu, 2 Jun 2010

KEM BINA JATI DIRI

 

Pada 28 Mei 2010 yang lalu , Pasukan Derap Juara di bawah Kebitaraan Kawad Kaki Sekolah Kluster Kecemerlangan telah mengadakan Kem Bina Jati Diri di Dusun Eco Resort , Kuala Nerang , Kedah .

102_4786

Pelajar yang terpilih mengikuti Kem ini terdiri dari ahli-ahli unit beruniform dan Pasukan Kawad Kaki Sekolah .

Rombongan peserta bertolak dari sekolah pada pukul 3.00 petang dan sampai di Kem Dusun Eco pada pukul 5.00 petang . Aktiviti bermula pada pukul 9.00 malam sejurus usai solat isyak . Aktiviti pertama ialah Ice Breaking yang dikendalikan oleh En.Zulazhar , Puan Mazlini dan Encik Noramin.

1 

29 Mei 2010

Usai Solat Subuh …… riadah di sekitar Dusun Eco .

2

Selepas minum pagi diadakan sesi “Team Building  “

Pada pukul 11.00 Pagi diadakan Aktiviti Flying Fox .

34

sesi waktu petang di penuhi dengan aktiviti “obstacle course”

5  

Pada malamnya diadakan majlis makan malam dan barbeku  sementara guru-guru mengambil peluang untuk memancing di kolam yang terdapat di dalam resort tersebut.

6

Keesokan harinya … selepas riada pagi dan sarapan. Program diteruskan dengan “Jungle traking”

7

Selepas solat zohor dan makan tengahari ,  Para peserta dan guru bertolak pulang .

102_4673

Kepada semua yang terlibat diucapkan terima kasih terutama kepada guru-guru pengiring dan pihak Dusun Minda Resort .